ROBERTO Bautista Agut melabelkan pendekatan kuarantin pemain menjelang Kejohanan Tenis Terbuka Australia sebagai sesuatu yang "amat buruk" sambil menyamakannya dengan penjara.
Selepas dikhuatiri terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu menjelang pembukaan kejohanan itu pada 8 Februari ini.
Ramai pemain tidak bersetuju dengan ketetapan itu tetapi pengarah kejohanan berkenaan, Craig Tiley, menegaskan bahawa kebanyakan pemain gembira untuk berada di Australia.
Namun, pemain nombor 13 dunia, Bautista Agut, menyelar ketetapan itu, yang dikenakan terhadap dirinya dan pemain lain.
Ditanya adakah dia kelihatan seperti berada di dalam penjara, pemain berbangsa Sepanyol itu berkata kepada Sport5: "Ia sama, Ia memang sama, cuma ada Wi-Fi.
"Mereka ini langsung tidak faham mengenai tenis, tentang berlatih di gelanggang, mereka tidak tahu apa-apa, jadi ia amat buruk disebabkan itu, disebabkan mereka mengawal segala-galanya.
"Mereka bukan dari Tennis Australia, mereka orang daripada kerajaan," katanya.
Kawasan Victoria merekodkan hari ke-13 tanpa sebarang jangkitan tempatan koronavirus hari ini dengan tiga daripada empat kes yang sedang dikuarantin di hotel adalah berkaitan dengan Terbuka Australia.
Bagi Bautista Agut, yang mara ke suku akhir kejohanan di Melbourne Park itu pada 2019, tempoh kuarantin selama dua minggu itu akan menjadi sesuatu yang amat sukar.
"Saya pernah melakukan kerja di dalam bilik tetapi ia tidak sama.
"Saya berasa amat-amat sempit dan tidak dapat bayangkan bagaimana untuk duduk selama dua minggu seperti ini.
"Ia amat-amat sukar," katanya lagi.
- StadiumAstro.com
Astro Arena
Tue Jan 19 2021

Bagi Bautista Agut, yang mara ke suku akhir kejohanan di Melbourne Park itu pada 2019, tempoh kuarantin selama dua minggu itu akan menjadi sesuatu yang amat sukar. - Instagram@robertobautistaagut

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Chini sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Pahang bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam
Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Djokovic tewaskan Federer, pertahan kejuaraan Wimbledon
Novak Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan tenis Wimbledon yang disandangnya selepas menewaskan Roger Federer di aksi final pada Ahad.

Terbuka Halle: Federer mula intai gelaran ke-10
Federer dipaksa untuk mempamerkan permainan terbaiknya untuk melangkah ke separuh akhir buat kali ke-15.