Awasi (Dickson) Nwakaeme dan (Matias) Conti, itu ingatan penjaga gawang Muhd Al-Hafiz Hamzah kepada rakan-rakannya jika mahu melihat Johor Darul Takzim (JDT) menjulang Piala Malaysia.

Al-Hafiz berkata gandingan kedua-dua penyerang itu dilihat mampu meranapkan impian JDT dan dia berharap barisan pertahanan agar lebih berwaspada dengan kelibat mereka.

"Mereka mampu mengugatkan kami kerana Dickson memiliki kekuatan fizikal sementara sentuhan Matias Conti diakui antara yang terbaik di Malaysia.

"Pahang selalunya akan menggunakan kelebihan pemain untuk menyerang dari bahagian sayap," jelasnya.

Al-Hafiz bagaimanapun yakin JDT memiliki kemampuan untuk menyekat mereka, lebih-lebih lagi persefahaman yang semakin tinggi dikalangan pemain berbanding musim lalu.

Saksikan perlawanan akhir Piala Malaysia bermula dengan pra-rancangan pada jam 8.00 malam di Astro Arena saluran 801 dan 802 HD. Anda juga boleh menonton secara langsung di onthego.astro.com.my atau memuat turun aplikasi telefon pintar Astro-on-the-Go.