awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian Malaysia ke separuh akhir berkecai

Bernama
Bernama
24/09/2013
23:45 MYT
Impian Malaysia ke separuh akhir berkecai
Impian Malaysia untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Piala Asia Wanita 2013 berkecai selepas tewas kepada India 0-2 pada saingan kumpulan A di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini Selasa.
Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan saingan sengit selepas terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Babak kedua perlawanan menyaksikan India meraih gol pertama menerusi gol padang yang dijaringkan Rani Poonam pada minit ke-38.
Lily Chanu Mayengbam memberikan kedudukan selesa kepada India dengan jaringan kedua menerusi gol penalti pada minit ke-45.
Jurulatih kebangsaan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata meskipun tewas beliau tetap berpuas hati dengan aksi pemain yang memberikan saingan sengit kepada pasukan ke-12 dunia, India pada perlawanan hari ini.
"Bagi saya kali ini adalah aksi terbaik oleh pasukan, India satu pasukan berpengalaman. Kami berikan tentangan yang baik.
"Kelemahan pasukan kita ialah kerana tiada penyudah, dan bahagian pertahanan yang tidak kemas. Saya berharap pasukan tidak patah semangat untuk beraksi dalam kedudukan penentuan kelima hingga lapan pada kejohanan ini," katanya kepada pemberita.
Dalam satu lagi saingan kumpulan A, China mudah menewaskan Hong Kong 7-0 manakala kumpulan B menyaksikan Jepun mengalahkan Kazakhstan 12-0.
Sementara itu dalam satu lagi saingan kumpulan B, Korea Selatan mencatat kemenangan besar dengan mengalahkan Taiwan 16-2.
Empat pasukan yang layak ke separuh akhir ialah China dan India dari kumpulan A dan Korea Selatan dan Jepun bagi kumpulan B.
Malaysia juga terlepas peluang untuk beraksi ke Piala Dunia di Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 14 Jun tahun depan.
Setakat ini hanya China dan Korea Selatan layak ke Piala Dunia.
Pada perlawan separuh akhir Khamis ini, China akan menentang Jepun manakala Korea Selatan akan menentang India.
Bagi perlawanan penentuan kedudukan lima hingga lapan, Malaysia akan menentang Taiwan manakala Hong Kong akan bertemu Kazakhstan.
Topic Berkaitan
#hoki
#Piala Asia Wanita 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan