awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indra, Shukor diintai ganti tempat Safiq, Aidil

Astro Arena
Astro Arena
13/07/2016
14:11 MYT
Indra, Shukor diintai ganti tempat Safiq, Aidil
Shukor dan Indra Putra diintai sebagai pengganti Safiq dan Aidil Zafuan.
PENGENDALI pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan bersara dari peringkat antarabangsa, namun menghormati keputusan dua tonggak senior itu.
Kim Swee perlu segera mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka dan situasi ini memberi cabaran buatnya menjelang saingan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini dan juga saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia awal tahun depan.
Namun, mereka sudah membuat keputusan walaupun kedua-dua pemain itu sebenarnya masih boleh menyumbang buat skuad senior kebangsaan.
"Ini akan merugikan pasukan kebangsaan, di mana kita tahu kredibiliti kedua-dua pemain ini bukan sahaja di dalam padang tetapi di luar padang.
"Namun, bagi saya, sudah tentu mereka ini sudah berbincang bersama keluarga dan saya harus hormatinya," katanya.
Kim Swee sedia menerima kedua-dua pemain itu jika situasi ini berubah, tetapi kini sudah ada perancangan memanggil tonggak senior yang mampu mengisi kelibat Aidil dan Safiq dalam pasukan.
Pengendali kelahiran Melaka ini kini sedang menimbang kemungkinan memanggil semula tonggak veteran Felda United, Shukor Adan, dan juga pemain berpengalaman Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, untuk memperkuat skuad negara.
"Setiap pasukan memerlukan pemain-pemain berpengalaman ataupun senior, di mana jika kita ingin melakukan peralihan, kita memerlukan pemain-pemain senior untuk membimbing pemain-pemain muda.
"Kalau kita lihat daripada carta Liga Super, Felda antara pasukan yang cukup konsisten. Ini membuktikan Shukor memainkan peranan yang cukup penting bukan sahaja di dalam padang, tetapi sebagai ketua pasukan di luar padang," jelas Kim Swee.
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq, mengambil sikap 'kunci mulut' mengenai keputusannya untuk bersara daripada pasukan kebangsaan.
Semalam, Safiq menerusi kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers (JST) mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.
Kenyataan itu hadir sejam selepas seorang lagi pemain JDT, Aidil, mengambil keputusan yang sama.
Topic Berkaitan
#Aidil Zafuan
#Indra Putra Mahayuddin
#Safiq Rahim
#shukor adan
#skuad kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan