awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan

Astro Arena
Astro Arena
27/03/2023
15:42 MYT
Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Kejuaraan Piala Merlion merupakan piala sulung buat Elavarasan sejak mengambil alih pasukan daripada pengendali, Brad Maloney September tahun lalu. - Facebook Football Association of Malaysia
Pengendali skuad bola sepak B22 negara, E. Elavarasan, menganggap kejayaan menjulang Piala Merlion di Singapura sebagai satu titik tolak buat anak buahnya untuk meraih lebih banyak keputusan positif selepas ini.
Tegas pengendali yang pernah membimbing kelab Sarawak United, PDRM dan Terengganu itu, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.
Elavarasan turut percaya dia akan dapat kerjasama daripada kelab untuk pelepasan pemain ke temasya Sukan SEA Mei depan.
Untuk rekod, kejuaraan Piala Merlion merupakan piala sulung buat Elavarasan sejak mengambil alih pasukan daripada pengendali, Brad Maloney September tahun lalu.
"Cara permainan kami, perkara paling penting adalah pemain untuk menyesuaikan diri dengan secepat mungkin. Kami perlu terus meningkat naik dan berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
"Saya percaya kelab dan pasukan tempatan memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan pemain-pemain muda memperoleh pengalaman beraksi di pentas antarabangsa," kata Elavarasan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#skuad B-22
#E Elavarasan
#Piala Merlion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan