SUKAN
#IniPadangKita: Astro bawa nafas baharu Liga Malaysia, dari padang ke hati peminat

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan (lima, kanan) bergambar bersama pada Majlis pelancaran Astro X Liga Malaysia 2025-2026 di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
ASTRO kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2025-2026, membawa pengalaman tontonan secara lebih dekat menerusi saluran Arena Bola (CH 803 & 804) serta platform penstriman sooka.
Ringkasan AI
- Astro kekal sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2025/2026: Menyediakan 228 siaran langsung HD melalui saluran Arena Bola dan sooka, dengan pendekatan baharu melibatkan legenda bola sepak sebagai penganalisis studio.
- Kempen Ini Padang Kita perkasa pembangunan akar umbi: Fokus kepada pemulihan padang komuniti sebagai ruang selamat dan inklusif untuk melahirkan bakat baharu serta menyatukan masyarakat.
- Kerjasama strategik dengan U Mobile & sokongan MFL: U Mobile sebagai penaja siaran rasmi, manakala MFL yakin Astro mampu mengukuhkan bola sepak sebagai sukan nombor satu negara dengan liputan menyeluruh dan program interaktif.
“Untuk musim ini, Astro tampil dengan pendekatan lebih segar dengan menonjolkan barisan pakar bola sepak. Pakar-pakar ini yang dahulunya pemain profesional, kini akan berkongsi pengalaman mereka di studio untuk membawa perspektif sebenar dari padang ke skrin. Kami juga terus komited untuk menyokong pembangunan akar umbi melalui kempen ‘Ini Padang Kita’ yang memulihkan dan mengaktifkan semula padang komuniti sebagai pusat melahirkan bakat dan penyatuan masyarakat,” katanya.
Mengukuhkan lagi komitmennya terhadap bola sepak Malaysia, Astro dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama bersama U Mobile sebagai Penaja Siaran Rasmi Liga Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperluas jangkauan tontonan liga tempatan, malah turut memperkukuh usaha menyemarakkan semula minat dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak tanah air.
Melalui kolaborasi ini, U Mobile turut komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha memupuk sokongan dari peringkat akar umbi, seiring dengan matlamat bersama untuk terus mengangkat bola sepak tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan pula berkata, “musim terbaharu ini akan menjadi lebih menarik dan penuh kejutan berdasarkan kepada kerancakan kelab-kelab mempersiapkan pasukan masing-masing.
"Malah, kehadiran tiga kelab baharu – Melaka FC, Imigresen FC, dan kemunculan semula kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM FC, pasti akan mewarnai saingan musim ini. Sudah pasti penyokong bola sepak tempatan juga mahu melihat sejauh mana kehebatan pemain-pemain beraksi di saingan domestik pula selepas prestasi memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa yang saya percaya akan menyuntik keghairahan penyokong.
“MFL turut berterima kasih kepada Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia yang terus menjadi platform utama sebagai penghubung antara Liga Malaysia dan penyokong. MFL yakin dengan kepakaran Astro dalam menyampaikan liputan terbaik secara langsung disusuli dengan program program menarik dan komprehensif untuk mengukuhkan status bola sepak sebagai sukan nombor satu di Malaysia,” katanya.
Dari Padang ke Studio: Legenda Bola Sepak Perkasa Penyiaran Liga Malaysia
Untuk musim baharu Liga Malaysia 2025-2026, Astro memperkukuh pasukan penyiaran dengan penglibatan dua figura bola sepak berpengalaman yang akan memberi nafas baharu dalam analisis dan liputan perlawanan.
• Akmal Rizal Ahmad Rakhli – Penyerang prolifik negara era 2000-an;
• Farizal Marlias – Bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan
Gabungan ini melengkapkan barisan sedia ada seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Razman Roslan, Nizaruddin Yusof, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Datuk Zainal Abidin Hassan.
Kehadiran mereka menjadikan analisis perlawanan lebih menyeluruh, bukan sahaja dari sudut taktikal dan teknikal, tetapi juga dari perspektif seorang bekas pemain yang menghayati denyut nadi dan rentak perjuangan atas padang.
“Ini Padang Kita”: Di Sini Semangat Bola Kita Bermula
Musim ini, Astro memperkenalkan kempen ‘Ini Padang Kita’ – sebuah penghormatan kepada padang-padang tempatan yang menjadi nadi dan jiwa bola sepak negara. Padang ini bukan sekadar hamparan rumput; ia adalah titik permulaan impian, medan perjuangan terawal, dan ruang yang menyatukan pemain serta penyokong dari pelbagai latar belakang.
Melalui inisiatif kelestarian ini, Astro mengutamakan pemulihan padang komuniti bukan hanya dari segi infrastruktur, tetapi juga sebagai ruang selamat dan inklusif untuk generasi muda berlatih, bermain dan membina impian mereka. Lebih dari sekadar kempen, ‘Ini Padang Kita’ mencerminkan komitmen jitu terhadap pembangunan akar umbi bola sepak yang bermula secara kecil dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya di stadium besar.
Saksikan Aksi Liga Malaysia 2025-2026 Di Astro One & sooka
Sebagai peneraju industri sukan dan hiburan di Malaysia, Astro terus mempertingkat pengalaman tontonan bola sepak tempatan dengan pendekatan menyeluruh melangkaui 90 minit di atas padang. Selain liputan eksklusif dari tepi padang dan pasca-perlawanan, peminat di stadium akan turut disajikan dengan persembahan artis popular, karnival pra-perlawanan dan pelbagai aktiviti interaktif yang mencetus suasana penuh semangat.
Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/sebulan atau pelan Sports & Entertainment sooka pada harga RM29.60/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami