awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden di Stadium Shah Alam tidak akan berulang - Khairy

Bernama
Bernama
15/12/2014
10:59 MYT
Insiden di Stadium Shah Alam tidak akan berulang - Khairy
KHAIRY: Semua pihak sudah mengambil pengajaran daripada insiden di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas. -Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin optimis aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil pada 20 Dis ini tidak akan tercemar kerana semua pihak sudah mengambil pengajaran daripada insiden di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas.
Beliau berkata hanya kerana tindakan segelintir penyokong terhadap penyokong Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam itu telah mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Saya yakin polis dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) akan perketat keselamatan selepas ini. Jika ada penyokong ternampak penyokong lain bertindak ganas, tenangkan mereka. Semua orang perlu memainkan peranan mereka," katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), UEM Group Berhad dan Nilai Springs Resort Sdn Bhd untuk program latihan industri bagi pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan kemenangan agregat 5-4 selepas aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Khamis lepas.
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.
Khairy dalam pada itu mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan keselamatan di luar pagar Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 itu.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober lepas, pemeriksaan keselamatan dilakukan di dalam pagar stadium.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan di dalam pagar stadium menyebabkan penonton membawa masuk bunga api dan suar ke dalam stadium.
Topic Berkaitan
#AFF
#final
#KHAIRY
#Malaysia
#shah alam
#stadium
#Thailand
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan