awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden perlanggaran: Rahadiazli pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di final Piala FA

Bernama
Bernama
05/09/2022
09:40 MYT
Insiden perlanggaran: Rahadiazli pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di final Piala FA
Rahadiazli mengalami kecederaan ketika beraksi di pentas Liga Super menentang Melaka United FC (MU FC) Sabtu lalu. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Penjaga gol utama Terengganu FC (TFC) Rahadiazli Rahalim, pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ia berikutan kecederaan yang menimpa beliau ketika beraksi di pentas Liga Super menentang Melaka United FC (MU FC) Sabtu lalu, yang berkesudahan dengan kemenangan besar kepada Terengganu.
Bagaimanapun menurut pemain muda berketinggian 1.92 meter itu, beliau tetap menaruh harapan untuk turun membantu rakan sepasukan, sekali gus menjadi sebahagian watak penting dalam perlawanan penuh bersejarah buat skuad Penyu itu.
"Sekarang ini saya sedang berehat di rumah selepas dibenarkan pulang dari hospital pukul 5 petang semalam. Tiada kecederaan serius yang perlu dibimbangkan, tetapi adalah sikit rasa pening kesan daripada pelanggaran kuat, dengan pemain MU FC tempoh hari," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sukan | Penjaga gol Terengganu FC dilaporkan stabil
Rahadiazli berkata, beliau akan mula menyertai sesi latihan bersama pasukan petang esok untuk mendapatkan kepastian berkaitan tahap kecederaan dan perkembangan kesihatannya.
"Jika ditakdirkan saya tak dapat teruskan latihan dan beraksi di pentas final, saya harap rakan sepasukan dapat bermain bermati-matian untuk membawa balik piala yang sudah lama kita idam-idamkan," katanya.
Sementara itu, penjaga gol kedua TFC Suhaimi Husin berkata beliau sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai benteng pertahanan akhir, pada perlawanan penting itu nanti.
Malah pemain berusia 28 tahun itu bertekad, memberikan persembahan terbaik untuk membalas kepercayaan jika ia diberikan jurulatih dan pasukan kepadanya.
"Insya-Allah saya akan beri yang terbaik. Walaupun bakal berdepan perlawanan penting, saya pastikan tiada tekanan kerana ia adalah kunci kejayaan buat seseorang penjaga gol," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjaga gol Terengganu FC
#Rahadiazli Rahalim
#final piala FA
#insiden perlanggaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan