awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden sempadan Thailand-Kemboja tidak jejas kejohanan Piala Raja Thai

Bernama
Bernama
25/07/2025
03:10 MYT
Insiden sempadan Thailand-Kemboja tidak jejas kejohanan Piala Raja Thai
Abdul Halim berkata, Hatyai tidak terjejas dengan insiden pertempuran ketenteraan yang berlaku baru-baru ini, berhampiran sempadan Thailand-Kemboja yang terletak lebih 900 kilometer dari lokasi kejohanan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Penganjuran kejohanan Piala Raja Thai ke-38 di Hatyai berlangsung dengan aman dan terkawal, menurut Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) susulan kebimbangan berhubung keselamatan serantau.
Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Hatyai tidak terjejas dengan insiden pertempuran ketenteraan yang berlaku baru-baru ini, berhampiran sempadan Thailand-Kemboja yang terletak lebih 900 kilometer dari lokasi kejohanan.
"Kami menggalakkan semua peserta, khususnya penyokong dari Malaysia dan Singapura meneruskan hasrat mereka untuk hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia dan Singapura yang beraksi dalam kejohanan sepak takraw antarabangsa berprestij itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Halim berkata, pihak berkuasa Thailand menambah jumlah anggota keselamatan dan mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua penginapan rasmi serta lokasi pertandingan, iaitu di Hatyai Hall di kompleks beli-belah Central Hatyai.
Sebagai langkah berjaga-jaga, semua 18 pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan kembali ke hotel penginapan rasmi masing-masing sejurus tamat perlawanan.
Semalam, media melaporkan seorang penduduk tempatan Thailand maut manakala tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dalam pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian, pagi Khamis.
Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu berdepan kemelut pertikaian sempadan sepanjang 817 kilometer sekali gus mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Raja Thai
#konflik Thailand-Kemboja
#Persekutuan Sepaktakraw Asia
#kejohanan sepak takraw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan