PERANAN Milan Skriniar sebagai ketua pasukan Inter telah ditarik balik gara-gara persetujuan untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG), kata Simone Inzaghi.
Tetapi pengurus Nerazzurri itu tetap menjangkakan pertahanan tersebut akan memulakan perlawanan 'derby' menentang Milan, awal pagi Isnin.
Skriniar mendedahkan dia telah mencapai persetujuan dengan PSG minggu lalu, walaupun perpindahan itu tidak akan direalisasikan hingga kontraknya tamat pada Jun depan di sebalik Inter berpendirian teguh dengan tangga harga €20 juta (RM92.1j) yang ditetapkan dalam jendela perpindahan bulan lalu.
Pemain antarabangsa Slovakia itu terlepas kemenangan Coppa Italia ke atas Atalanta Rabu lalu dan menyarung lilitan kapten buat terakhir ketika menentang Empoli pada 23 Januari lalu yang menyaksikannya dibuang padang.
Dengan ketua pasukan semasa Samir Handanovic kehilangan tempat kepada Andre Onana, Skriniar terpilih untuk mengetuai Inter bagi sebahagian besar musim ini, tetapi Inzaghi mendedahkan perkara itu tidak akan berlaku lagi.
"Kami mempunyai hierarki berdasarkan penampilan tetapi atas apa yang berlaku maka dia tidak lagi akan dilantik sebagai kapten," katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
“Kami telah berbincang mengenainya dengan sangat tenang.
"Kapten sebenar ialah Handanovic, kemudian kami akan membuat skala berdasarkan penampilan dengan Marcelo Brozovic, Danilo D'Ambrosio dan Lautaro Martinez.
"Perkara paling penting bagi saya ialah perlawanan."
Inzaghi masih berkemungkinan untuk menamakan Skriniar dalam barisannya ketika berdepan pesaing sekota, Milan, yang tergelincir daripada empat teratas Serie A selepas kemarau kemenangan dalam enam perlawanan.
"Dia seorang pemain yang hebat, yang berusaha dengan sangat baik pada setiap hari. Dia mungkin akan menjadi pemula perlawanan ini."
Astro Arena
Sat Feb 04 2023
Milan Skriniar ketika beraksi dalam saingan Serie A antara Inter Milan dan Napoli di San Siro, Milan, Itali, 4 Jan 2023. - Gambar fail REUTERS
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Inter tarik balik peranan kapten Milan Skriniar
Pengurus Nerazzurri itu tetap menjangkakan pertahanan tersebut akan memulakan perlawanan 'derby' menentang Milan, awal pagi Isnin.