awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isaac Angking terima panggilan Puerto Rico, mungkin tidak layak wakili Malaysia

Astro Arena
Astro Arena
03/03/2021
04:55 MYT
Isaac Angking terima panggilan Puerto Rico, mungkin tidak layak wakili Malaysia
Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu layak mewakili Malaysia berdasarkan status ibunya yang dilahirkan di Sarawak. - StadiumAstro.com
PEMAIN berdarah campuran Malaysia-Puerto Rico, Isaac Angking, berkemungkinan tidak akan mewakili skuad negara selepas perkhabaran terbaru mendapati pemain tengah bertahan itu telah menerima panggilan untuk mewakili Puerto Rico dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.
Terdahulu, Angking disebut-sebut sebagai pemain kacukan yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya dan turut pernah dikaitkan untuk menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bagaimanapun, sekiranya dia diturunkan mewakili Puerto Rico dalam saingan itu, ia bermakna dia tidak lagi layak untuk mewakili Malaysia berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Isaac Angking has been called up for Puerto Rico's FIFA World Cup qualification games. If he plays, he will not be able to represent Malaysia in the future. pic.twitter.com/DZRqx7wO1l
— Harimau Abroad (@harimau_abroad) March 3, 2021
Sebagai rekod, Angking telah mewakili Puerto Rico dalam satu aksi persahabatan menentang Republik Dominican pada awal tahun ini.
Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu layak mewakili Malaysia berdasarkan status ibunya yang dilahirkan di Sarawak tetapi sekiranya dia diturunkan mewakili negara lain dalam satu perlawanan rasmi FIFA, terutama yang melibatkan saingan Piala Dunia, kelayakan itu akan hilang secara serta-merta.
Sebagai perbandingan, pertahanan negara, La'Vere Corbin-Ong, turut pernah diturunkan Kanada dalam satu perlawanan persahabatan menentang Scotland pada 2017 tetapi masih layak mewakili Harimau Malaya dua tahun kemudian.
- StadiumAstro.com / Muzaffar Musa
Topic Berkaitan
#isaac angking
#Puerto Rico
#Malaysia
#bola sepak
#harimau Malaya
#JDT
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan