awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISN nafi jadi punca kelewatan perbicaraan kes doping libatkan Chong Wei

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2015
02:37 MYT
ISN nafi jadi punca kelewatan perbicaraan kes doping libatkan Chong Wei
Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menafikan pihaknya sebagai punca kelewatan perbicaraan kes doping membabitkan Datuk Lee Chong Wei. -Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menafikan pihaknya sebagai punca kelewatan perbicaraan kes doping membabitkan Datuk Lee Chong Wei.
Beliau menegaskan bukan menjadi tanggungjawab ISN untuk mengumpul bahan bukti kes.
Ramlan juga menegaskan pihak ISN sudah memberi sepenuh bantuan dan kerjasama kepada peguam Chong Wei dalam memastikan setiap maklumat membabitkan latar belakang serta teknikal dapat mengukuhkan lagi proses pembelaan pemain badminton nombor satu Malaysia itu.
Minggu lalu, Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa kesal dengan kes doping yang terus tertangguh hingga melahirkan hasrat menggantung raket seandainya kes doping itu masih tiada titik noktah.
Bagi Ramlan, ISN tiada kuasa untuk mempengaruhi tarikh perbicaraan Chong Wei kerana ia merupakan tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Topic Berkaitan
#Chong Wei
#Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz
#doping
#Institut Sukan Negara
#ISN
#tertangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan