awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISTAF bakal putuskan isu Malaysia boikot Piala Raja Thai

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2016
00:16 MYT
ISTAF bakal putuskan isu Malaysia boikot Piala Raja Thai
Risiko turut menanti pemain jika digantung menyertai kejohanan sepak takraw dalam jangka masa yang lama sehingga menjejaskan penyertaan di Sukan SEA 2017. - Gambar fail
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengesahkan surat pertuduhan isu boikot aksi perlawanan akhir Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand 2016 telah dihantar kepada tiga pegawai terlibat, manakala sembilan pemain lain bakal menerima tuduhan sama, minggu depan.
Pihak ISTAF telah meneliti insiden yang berlaku pada Oktober lalu, sebelum menghantar surat pertuduhan kepada tiga pegawai yang bertanggungjawab mengarahkan pemain supaya menarik diri dalam final acara berpasukan.
Justeru, hukuman penggantungan serta denda akan dikenakan kepada skuad negara dalam masa terdekat.
Risiko turut menanti pemain jika digantung menyertai kejohanan dalam jangka masa yang lama sehingga menjejaskan penyertaan di Sukan SEA 2017.
Namun, tiga pemain yang telah beraksi bagi regu pertama di final Piala Raja Thai, Oktober lalu terlepas daripada hukuman dan hanya pemain acara berpasukan bakal menerima surat pertuduhan sama minggu depan.
"Pengakuan yang telah dibuat oleh ketua jurulatih Malaysia, Abdul Talib Ahmad, kepada media di Malaysia bahawa beliau bertanggungjawab untuk tidak mahu meneruskan pertandingan melibatkan regu kedua dan ketiga memudahkan penyiasatan kami kerana beliau telah membuat pengakuan itu semasa di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," kata Abdul Halim.
Topic Berkaitan
#boikot
#ISTAF
#Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand 2016
#Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan