SUKAN
Isteri Faisal Halim fail cerai, dedah pernah lalui episod sama sebelum ini

Syazwani mengakui keputusan untuk berpisah bukan sesuatu yang mudah, namun dibuat selepas segala usaha untuk mempertahankan rumah tangga menemui kegagalan. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR : Rumah tangga pemain sayap Selangor FC dan tonggak kebangsaan, Faisal Halim dilanda badai apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Permohonan itu difailkan selepas enam tahun pasangan tersebut mendirikan rumah tangga sejak 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Faisal, 27, merupakan pemain utama Harimau Malaya yang sudah membuat 39 penampilan bersama Selangor FC dan 32 kaps bersama skuad kebangsaan.Perkongsian Syazwani di Instagram, termasuk beberapa mesej semangat daripada kenalan, mencetuskan spekulasi mengenai keadaan rumah tangga mereka sebelum perkara itu disahkan melalui prosiding mahkamah.
Menerusi satu kenyataan di Instagram Story, Syazwani mengakui keputusan untuk berpisah bukan sesuatu yang mudah, namun dibuat selepas segala usaha untuk mempertahankan rumah tangga menemui kegagalan.
Beliau turut mendedahkan pernah melalui pengalaman sama sebelum ini, selain menegaskan dirinya sudah banyak berkorban demi keluarga daripada detik kesusahan sehingga ke saat kejayaan suami di pentas bola sepak.
“Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri. Saya yang lebih tahu kehidupan saya. Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik.
“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini. Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya.
Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat. Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik. Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami