SUKAN
Isu dokumentasi: Kelab Sepanyol gugurkan pemain warisan Harimau Malaya

Palmero merupakan antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung oleh FIFA. - Sinar Harian
KELAB divisyen tiga Sepanyol, Unionistas de Salamanca CF membuat keputusan menggugurkan pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero susulan penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ringkasan AI
- Unionistas de Salamanca CF gugurkan Gabriel Palmero selepas FIFA mengenakan penggantungan 12 bulan terhadap pemain itu.
- Kelab sedang kumpul maklumat lanjut untuk menilai langkah seterusnya, sementara Palmero diketepikan daripada semua aktiviti sukan.
- Palmero antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung FIFA kerana isu pemalsuan dokumen pendaftaran pemain.
Menurut kenyataan itu, kelab berkenaan kini sedang mengumpul segala maklumat berkaitan isu tersebut bagi menilai langkah dan tindakan selanjutnya.
"Pasukan sedang mengumpul semua maklumat berkaitan kes ini untuk menilai langkah seterusnya.
"Pemain itu akan diketepikan daripada sebarang aktiviti sukan sehingga perkembangan rasmi dimaklumkan," kata pasukan itu.
Palmero merupakan antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung oleh FIFA dalam kes kontroversi melibatkan dokumen pendaftaran pemain tidak sah. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami