KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) tetap akan menghulurkan bantuan untuk membangunkan angkat berat, walaupun isu doping mencemari sukan berkenaan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata malah isu doping itu juga tidak akan mengganggu sukan itu, yang masih lagi dalam pertimbangan untuk dimasukkan semula ke dalam sukan teras.
"Bantuan yang kami berikan kepada Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) khususnya perkembangan sukan berkenaan, ada kalanya melebihi dari sukan teras.
"Jadi, saya rasa isu doping tiada kena mengena dengan sukan teras, kerana apa yang penting kita kena terus usaha cari bakat dalam angkat berat," katanya pada sidang media majlis menandatangani perjanjian penajaan antara MSN dan syarikat jenama tudung, TudungPeople International Sdn Bhd di sini, hari ini.
MSN baru-baru ini bertindak mengambil alih sepenuhnya tugas penganjuran saingan angkat berat dalam Sukma ke-20, susulan tindakan drastik PABM menarik diri daripada temasya berkenaan gara-gara terdapat tiga kes positif penggunaan bahan terlarang dalam sukan itu.
Angkat berat menjadi antara tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo pada 2017, susulan prestasi sukan angkat berat itu yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi mengakui terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib, yang akan mengutuskan surat rasmi kepada pihaknya untuk menyokong tindakan PABM dalam Sukma tempoh hari, kerana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa khas teknikal yang meluluskan peraturan pertandingan Sukma baru-baru ini.
Jawatankuasa Pengelola Sukma dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen pada 15 Sept dan mesyuarat dihadiri semua Pengarah Majlis Sukan Negeri, bersetuju penganjuran acara angkat berat diteruskan tanpa melarang seluruh ahli kontinjen melibatkan kes doping.
Namun, jawatankuasa itu menjelaskan bahawa pendirian PABM dihormati dan ia boleh dilaksanakan sekiranya dimasukkan secara rasmi dalam Peraturan Sukma dan setiap negeri dimaklumkan perkara tersebut.
Menurut PABM, mereka sebelum ini membuat ketetapan bahawa jika terdapat mana-mana atlet ahli gabungan/persatuan negeri positif doping, maka atlet tersebut dan atlet lain dalam ahli gabungan/persatuan negeri itu, akan digantung daripada menyertai Sukma ke-20.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi memaklumkan, kerjasama antara MSN dan TudungPeople akan berjalan sehingga tahun 2024 di mana jenama tersebut bakal menaja tudung buat atlet wanita kebangsaan termasuk di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengasas TudungPeople, Fazrena Abdul Aziz pula mahu membuktikan langkah syarikatnya dalam menaja tudung kepada atlet wanita negara, dapat membuka mata orang ramai bahawa pemakaian tudung mahupun hijab bukanlah penghalang untuk mencipta nama mahupun bergiat aktif dalam sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Isu doping itu juga tidak akan mengganggu sukan itu, yang masih lagi dalam pertimbangan untuk dimasukkan semula ke dalam sukan teras. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.