awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu doping: Ujian sampel B akan dilakukan 4 atau 5 Nov - KJ

Haider Yutim
Haider Yutim
26/10/2014
03:29 MYT
Isu doping: Ujian sampel B akan dilakukan 4 atau 5 Nov - KJ
Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas menghadiri pertandingan akhir MIMMA musim kedua. Foto Astro AWANI.
Ujian sampel B milik seorang atlet kebangsaan yang telah gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa baru-baru ini, akan dilakukan pada 4 atau 5 November nanti.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, persekutuan antarabangsa bagi sukan berkenaan telah memberi pilihan kepada atlet terbabit untuk memilih dua tarikh tersebut.
"Saya difahamkan bahawa persekutuan antarabangsa sukan berkenaan telah memberikan atlet itu pilihan sama ada 4 atau 5 November untuk membuka sampel B serta menguji sampel itu," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri pusingan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) di Stadium Negara pada Sabtu.
Misteri ikon sukan negara yang dikaitkan dengan isu positif doping terus tersebar sejak Isnin lalu.
Atlet itu dikatakan positif doping dalam satu kejohanan besar pertengahan tahun ini, apabila sampel A ke atas dirinya didapati positif baru-baru ini.
Bagaimanapun pengesahan mengenainya dan nama atlet terbabit hanya akan diketahui selepas ujian sampel B disahkan.
Sehingga ujian Sampel B dibuat, sebarang keputusan dalam kejohanan yang disertai atlet berkenaan tidak akan dilakukan.
Menurut Khairy, pihaknya tidak akan mendedahkan identiti atlet tersebut sehingga keputusan sampel B dikeluarkan dan ianya sah positif berdasarkan peraturan antarabangsa dan untuk melindungi atlet tersebut.
Ini merupakan kes doping kedua di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas atlet Wushu, Tai Cheau Xuen telah dilucutkan pingat emas di Sukan Asia di Incheon bulan lalu setelah positif mengambil bahan sibutramine.
Topic Berkaitan
#doping
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#MIMMA
#sampel B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan