awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2021
23:11 MYT
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Kebimbangan Dollah berdasarkan kedudukan ke-10 mereka dalam Liga Super, empat mata dijurangkan dengan zon penyingkiran selain gagal meledak sebarang jaringan dalam tempoh 270 minit. - Facebook Sri Pahang FC
KETUA jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh, berdepan krisis kecederaan untuk berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Darulmakmur, malam ini. Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih. Bahkan, mereka terpaksa mempertaruhkan penjaga gol ketiga, Daniel Wafiuddin, kebelakangan ini. "Sri Pahang tidak ada tonggak (utama). "Baru-baru ini lawan Johor Darul Ta'zim (Jumaat lalu), saya terpaksa menurunkan hampir semua pemain simpanan. Jadi lawan Kedah ini juga akan berlaku begitu. "Ada-2-3 pemain yang masih dalam kecederaan.
"Kami masih mencari pengganti sesuai untuk mengisi posisi Nor Azam di bahagian tengah," katanya di Nadi Arena semalam.
Sumber Facebook kdafc.my
Kebimbangan Dollah berdasarkan kedudukan ke-10 mereka dalam Liga Super, empat mata dijurangkan dengan zon penyingkiran selain gagal meledak sebarang jaringan dalam tempoh 270 minit. Bekas pengendali Harimau Malaya tersebut turut menawarkan perspektif tersendiri mengenai seterunya itu. Pasukan yang dibimbing Aidil Sharin Sahak disifatkan sebagai cukup sempurna sungguhpun bakal bertandang ke Kuantan tanpa kelibat Kpah Sherman dan Rabih Ataya bagi menyahut tugasan antarabangsa. "Kedah mempunyai 15-17 pemain terbaik. Tidak nampak sangat perubahan yang berlaku apabila pemain simpanan yang dimasukkan pun. "Mereka memiliki ramai pemain berkualiti. Corak permainan mereka dari awal hingga tamat permainan sentiasa dikekalkan."
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#Sri Pahang FC
#Kedah Darul Aman
#pemain simpanan
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan