KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu lebih bijak dalam isu pemakaian pemain profesional yang tidak boleh memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Bekas pemain perseorangan lelaki negara Roslin Hashim berkata BAM seharusnya peka dengan kontrak ditandatangani pemain profesional bersama penaja masing-masing sebelum 'menguatkuasakan' peraturan sedemikian.
"Apa motifnya BAM buat sebegini? Contohnya, jika Lee Zii Jia masuk latihan di ABM dan perlu pakai baju penaja mereka, sudah tentu penajanya akan saman. Adakah BAM mahu bayar saman? Mengapa pihak pengurusan BAM tak faham perkara ini?
"Di dalam kontrak tajaan, sudah termaktub bahawa pemain profesional harus pakai pakaian mereka tak kira dalam sesi latihan atau kejohanan. Sebab itu mereka takut kena saman (jika pakai pakaian selain penaja masing-masing) atau bayar denda kerana amaunnya bukan sedikit," katanya kepada Bernama.
Roslin yang juga ahli Panel Penasihat Teknikal BAM berkata badan induk itu sepatutnya berbincang terlebih dahulu bersama pemain profesional mengenai langkah mereka mengenakan peraturan baharu tersebut jika mahu berlatih di ABM.
BAM pada tahun lepas membuka pintu buat pemain profesional untuk berlatih di ABM pada setiap hari Rabu dan Jumaat.
Menurut Roslin, beliau difahamkan peraturan tersebut masih baharu memandangkan tiada isu timbul bersama pemain profesional yang menjalani latihan bersama BAM sebelum ini.
"Sewaktu kem latihan Piala Sudirman 2023 sebelum ini pun tiada isu seperti ini. Malah ketika saya bergelar pemain profesional dan berlatih bersama BAM dahulu pun saya tidak diwajibkan memakai pakaian penaja mereka," katanya.
Semalam, Pengarah Kejurulatihan Team LZJ Wong Tat Meng dalam satu hantaran di laman Instagram berkata beliau benar-benar terkejut dan berasa seperti 'dibuli' orang besar memandangkan peraturan tersebut dikuat kuasa menjelang Kejohanan Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen dari 21 hingga 27 Ogos ini.
"BAM sering berkata tidak kira pemain kebangsaan mahupun pemain profesional, mereka semua adalah pemain Malaysia, dan kegemilangan dikongsi bersama," katanya sambil mengharapkan agar perkara tersebut dapat dibincangkan BAM bersama pihaknya pada masa akan datang.
Zii Jia dalam satu ruangan komen hantaran Tat Meng pula berkata: "Jangan nanti cakap saya 'besar kepala' tak datang training (latihan) pula. Aishhhhh... susah nii nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening,"
Dalam pada itu, Pengarah Pentadbiran BAM Michelle Chai ketika menjawab pertanyaan peminat badminton tanah air di laman Twitter berkata peraturan tersebut dibuat bagi melindungi kepentingan pihak yang melabur di ABM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Roslin berkata BAM seharusnya peka dengan kontrak ditandatangani pemain profesional bersama penaja masing-masing sebelum 'menguatkuasakan' peraturan sedemikian. - Gambar fail
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.