awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan

Astro Arena
Astro Arena
16/12/2017
15:01 MYT
Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Bagi Abdul Puhat, pihaknya telah membuat persediaan gelanggang alternatif jika perkara sebaliknya berlaku. - Gambar fail
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, menjelaskan pihaknya masih dalam perbincangan dengan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengenai status Stadium Manjung yang akan menjadi venue tuan rumah The Bos Gaurus dalam saingan Liga Malaysia 2018.
Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.
Kata Abdul Puhat, "Kami masih berurusan dengan FMLLP. Laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung telah dihantar kepada FMLLP beberapa hari lalu.
"Ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut."
Namun, bagi Abdul Puhat, pihaknya juga telah membuat persediaan gelanggang alternatif jika perkara sebaliknya berlaku.
"Apapun, kami sudah bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan. Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi salah satu venue alternatif," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Abdul Puhat Mat Nayan
#FMLLP
#gelanggang alternatif
#Liga Malaysia 2018
#PAFA
#Persatuan Bola Sepak Perak
#Stadium Manjung
#tuan rumah
#Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan