awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali cipta hatrik kejuaraan Piala Davis selepas tumpaskan Sepanyol 2-0

Bernama
Bernama
24/11/2025
05:54 MYT
Itali cipta hatrik kejuaraan Piala Davis selepas tumpaskan Sepanyol 2-0
Tuan rumah menjuarai acara final di Bologna selepas menewaskan Sepanyol 2-0, sekali gus memastikan kejayaan tiga tahun berturut-turut selepas kemenangan pada 2023 dan 2024. - Gambar/ Reuters
BERLIN: Walaupun tanpa bintang utamanya Jannik Sinner dan Lorenzo Musetti, pemain tenis Itali meraih gelaran Piala Davis buat kali ketiga berturut-turut pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tuan rumah menjuarai acara final di Bologna selepas menewaskan Sepanyol 2-0, sekali gus memastikan kejayaan tiga tahun berturut-turut selepas kemenangan pada 2023 dan 2024.
Pasukan terakhir yang mencapai pencapaian seumpama itu ialah Amerika Syarikat, yang memenangi lima gelaran berturut-turut dari 1968 hingga 1972. Namun ketika itu, Piala Davis masih menggunakan format pusingan cabaran, yang memberikan laluan automatik ke final kepada juara bertahan.
Matteo Berrettini meletakkan Itali di hadapan dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Pablo Carreno Busta. Flavio Cobolli kemudian mengesahkan mata kedua apabila menewaskan Jaume Munar 1-6, 7-6 (7-5), 7-5.
Sepanyol menewaskan Jerman di separuh akhir manakala Itali mengatasi Belgium untuk mara ke final.
Itali tampil tanpa juara ATP, Sinner, dan pemain nombor lapan dunia, Musetti, yang memilih menamatkan musim lebih awal. Sepanyol pula kehilangan pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz, yang menarik diri sebelum kejohanan kerana kecederaan paha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Davis
#Itali
#keputusan perlawanan
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan