IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebaliknya berkata, sokongan akan terus diberikan kepada pemain skuasy remaja itu untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kejohanan yang disertainya.
Menurutnya, kejayaan muncul juara Terbuka Malaysia 2021 pada Sabtu menunjukkan Aifa seorang pemain yang sangat berpotensi.
“Saya harap beliau akan terus berjaya, namun kita tak perlu berikan tekanan cukup kuat yang terlalu besar kepada beliau untuk menggantikan Nicol David atau sebagainya.
“Tetapi kita berdoa dan beri sokongan kepada beliau supaya beliau dapat mengibarkan panji-panji negara dalam semua kejohanan yang beliau sertai dari semasa ke semasa,” katanya selepas program derma darah Perak Foodbank Bersama Kiwanis Jelapang di Ipoh pada Ahad.
Dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu, Aifa menundukkan pilihan utama dari Mesir Salma Hany.
BACA: Kisah dongeng Aifa jadi nyata, muncul juara Terbuka Malaysia 2021
Aifa menewaskan pemain di ranking kelapan dunia itu dengan mata 12-10, 11-8, 11-4.
Terdahulu, pemain berusia 19 tahun itu mencuri perhatian pada kejohanan kali ini apabila mengejutkan tiga pemain Mesir yang menduduki ranking lebih tinggi - Mayar Hany (ranking ke-47), Yathreb Adel (ranking ke-31) dan Hana Ramadhan (ranking ke-35) serta pemain pilihan kelima dari Kanada Danielle Letourneau sebelum mara ke final.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Nov 28 2021

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David. - Foto BERNAMA

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Peringkat Nasional | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID-19.
![[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022 [TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967174/thumbnails/23697343111652676285727_640x360.jpg)
[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022
Ikuti Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Kuasa beli rakyat meningkat, pacu KDNK disebalik inflasi
Penggunaan persendirian yang meningkat lebih dua kali ganda merupakan cerminan kepada keyakinan dan kuasa beli rakyat. Walaupun KDNK meningkat, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai beri amaran tekanan inflasi. #NiagaAWANI #AWANIPagi #Ekonomi #KDNKMalaysia

Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia
Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini.

Aifa dambakan lebih banyak kejayaan, tutup tirai 2021 dengan bergaya
Aifa yakin beliau kini berada dalam prestasi cemerlang menjelang Kejohanan Individu Asia di Islamabad, Pakistan.

Skuad lelaki, wanita Malaysia mara ke final Skuasy Berpasukan Asia 2021
Skuad lelaki dan wanita negara hanya selangkah daripada merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021.

Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.

Kisah dongeng Aifa jadi nyata, muncul juara Terbuka Malaysia 2021
Kisah dongeng pemain skuasy remaja negara Aifa Azman di Terbuka Malaysia 2021 menjadi realiti apabila menundukkan pilihan utama dari Mesir Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.

Aifa teruskan kecemerlangan layak ke akhir, Eain Yow terkandas
Pemain skuasy remaja sensasi negara Aifa Azman meneruskan prestasi terbaiknya hari ini, untuk layak ke perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Terbuka Malaysia: Aifa Azman, Eain Yow mara ke separuh akhir dengan bergaya
Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir.

Tiga pemain utama negara layak ke suku akhir
Dalam pada itu, Yiwen, juga juara remaja Asia dua kali, terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pemain Mesir, Sana Ibrahim 11-8, 8-11, 11-7, 11-7 untuk menentang Farida di saingan suku akhir.