awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan nafikan kehebatan empat pemain bersara - Mario Gomez

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/03/2017
00:22 MYT
Jangan nafikan kehebatan empat pemain bersara - Mario Gomez
Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Amirulhadi Zainal dan S. Kunanlan yang akan kembali menyarung jersi skuad kebangsaan merupakan satu aset negara, kata Gomez. - Gambar Facebook
PENGENDALI baharu skuad Harimau Malaysia, Mario Gomez, menyifatkan pembabitan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT), yang sebelum ini mengumumkan persaraan, adalah sesuatu yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.
Hal itu dinyatakan Gomez menerusi satu kemas kini di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada Selasa.
Empat pemain tersebut - Safiq Rahim, S.Kunanlan, Aidil Zafuan dan Amirulhadi Zainal, akui Gomez, merupakan aset yang sangat berharga kepada skuad kebangsaan.
Kata Gomez, kenyataan itu adalah satu fakta dan hanya mereka yang tidak faham tentang bola sepak akan menafikannya.
"Dengan pengetahuan saya tentang taktikal permainan sebahagian pemain tempatan, ia adalah satu corak permainan baru yang akan digunakan untuk skuad kebangsaan," kata Gomez.
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, peminat bola sepak tempatan dilihat mempunyai pendapat yang bercampur baur terhadap kenyataan Gomez itu.
Ramai yang mengalu-alukan kepulangan empat pemain itu ke skuad kebangsaan, namun dalam masa yang sama ada juga yang mahu Gomez lebih terbuka dalam pemilihan pemain dan tidak perlu terlalu berharap kepada mereka yang telah bersara.
Kata mereka, pemain-pemain lain seperti Nazmi Faiz, Fazly Mazlan dan Qayyum Marjoni antara bakat-bakat muda yang perlu diberikan peluang.
Tahun lalu, empat tonggak JDT itu mengumumkan persaraan dari skuad negara dengan alasan mahu memberi peluang kepada muka-muka baharu.
Namun selepas pelantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai presiden baharu FAM Sabtu lalu, media melaporkan kesediaan mereka untuk kembali menyarung jersi negara.
Topic Berkaitan
#Aidil Zafuan
#Amirulhadi Zainal
#Harimau Malaysia
#JDT
#Mario Gomez
#S.Kunanlan
#Safiq Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan