awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janji sudah dibuat, kelab dah tahu -- Isak anggap Newcastle mungkir janji

Astro Arena
Astro Arena
20/08/2025
01:05 MYT
Janji sudah dibuat, kelab dah tahu -- Isak anggap Newcastle mungkir janji
ISAK: Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, kerjasama tidak boleh diteruskan - itu kedudukan saya hari ini. - Foto stadiumastro
PENYERANG kelahiran Sweden, Alexander Isak, beranggapan Newcastle United sebagai 'mungkiri janji' berikut keinginan berusia 25 tahun itu yang mahu berpindah keluar.
Malah tindakan majikannya yang seakan tidak mengetahui hasrat dan pendirian Isak itu telah menimbulkan kekeliruan antara penyokong dan orang ramai mengenai status dirinya itu.
Terdahulu, dia dikaitkan kuat akan menyertai Liverpool dengan difahamkan terma peribadi antara Isak dan The Reds sudah dipersetujui, namun perkara itu masih tidak berlaku.
"Saya berbangga kerana diiktiraf untuk berada dalam pasukan PFA Liga Perdana Inggeris 2024/25.
"Di atas segalanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sepasukan saya dan semua orang di Newcastle United yang telah menyokong sepanjang perjalanan saya.
"Saya tidak hadir ke majlis itu. Dengan semua yang berlaku saya rasa tidak sesuai untuk berada di sana.
"Saya telah sekian lama berdiam diri, manakala yang pihak lain terus bersuara. Kesunyian ini telah membolehkan sesetengah pihak menyebarkan versi mereka sendiri.
"Walaupun mereka tahu perkara itu tetapi tidak menggambarkan apa yang sebenarnya diperkatakan dan telah dipersetujui secara tertutup.
Alexander Isak says his relationship with Newcastle cant continue and change is in the best interests of everyone as he accused the club of broken promises over his future pic.twitter.com/9pWGIRtOo0
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 19, 2025
"Realitinya janji telah dibuat dan kelab sudah lama mengetahui kedudukan saya. Untuk mendakwa sekarang bahawa isu-isu perkara baru sangat mengelirukan.
"Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, Kerjasama tidak boleh diteruskan. Itu kedudukan saya hari ini dan mengapa perubahan adalah untuk kepentingan semua orang, bukan hanya saya," katanya menerusi laman Instagram.
Topic Berkaitan
#Alexander Isak
#Newcastle United
#jendela perpindahan
#mungkir janji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan