Impian untuk mewakili negara ke Sukan Asia 2018 semakin cerah buat atlet lompat jauh negara, Luqman Hakim Ramlan selepas membuat lompatan sejauh 7.82 meter (m) pada Kejohanan Olahraga All Comers FTKLAA/MILO 2018 yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.
Catatan itu sekali gus memadam catatan terbaik peribadinya 7.62m dan lebih membanggakan, ia mengatasi jarak 7.78m dicipta atlet Indonesia Suwandi Wijaya untuk merangkul pingat perak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos tahun lepas.
Pingat emas KL2017 acara lompat jauh menjadi milik Bui Van Dong dari Vietnam yang melakukan lompatan sejauh 7.83m manakala atlet Filipina Janry Ubas meraih gangsa dengan jarak 7.75m.
"Saya tak sangka dapat buat 7.82m kerana pada awalnya saya hanya kejar catatan terbaik peribadi tetapi selepas keputusan dikeluarkan dan pegawai menulis ia 7.82m saya amat terkejut kerana ia ibarat satu perkara yang menakjubkan bagi diri saya.
"Kalau ikutkan sasaran saya tahun ini hanya nak mencapai jarak lompatan 7.70m bagi mencerahkan peluang saya ke Sukan Asia 2018 sebab saya tahu peluang ke Sukan Komanwel 2018 hampir mustahil bagi diri saya," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Catatan itu yang hanya 0.06m di belakang rekod kebangsaan milik Josbert Tinus iaitu 7.88m dicipta di Bangkok, Thailand pada tahun 2007 turut mendapat perhatian Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abas.
"Saya ada berjumpa dengan ketua jurulatih (Zainal) selepas acara tamat dan beliau beritahu dengan jarak 7.82m itu sudah membolehkan saya layak ke Sukan Asia. Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan kerana saya bekerja keras dan banyak berkorban masa berlatih," katanya.
Luqman Hakim, 23, sebelum ini terlepas peluang menjejakkan kaki di temasya sukan terbesar rantau Asia itu selepas namanya digugurkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) walaupun beliau muncul atlet pertama layak secara automatik selepas mencatat 7.53m pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2014.
Ketika mewakili negara di KL2017, keracunan makanan yang dialaminya menyaksikan beliau gagal menyerlah apabila menamatkan saingan di tempat kelapan di belakang rakan senegara Abdul Latif Romly yang turut mengalami keracunan sama.
Sukan Asia 2018 akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia bermula 18 Ogos hingga 2 September.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 19 2018
Catatan itu yang hanya 0.06m di belakang rekod kebangsaan milik Josbert Tinus iaitu 7.88m dicipta di Bangkok, Thailand pada tahun 2007. - Foto fail Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
APG 2022: Latif 'terbang tinggi' raih emas di Hangzhou
Abdul Latif melakukan lompatan terbaiknya pada percubaan keempat dengan 7.18 meter (m).
Pemegang rekod dunia Abdul Latif intai emas keempat di APG Solo
Abdul Latif bakal beraksi buat kali pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kecederaan Abdul Latif tidak serius
Sejurus selesai kuarantin, atlet berusia 24 tahun itu berhasrat terus pulang ke Perlis bagi menemui keluarganya yang sekian lama tidak bersua.
Jurulatih tidak halang Abdul Latif beraksi dalam kategori normal
Abdul Latif Romly pernah bersaing dalam Sukan Malaysia (Sukma) serta Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Terbang Latif... terbang Latif... terbang Latif
"Terbang Latif...terbang Latif...terbang Latif", jerit Salmah Yatim memberi semangat kepada anaknya atlet lompat jauh Abdul Latif Romly.
Tokyo 2020: Perbaiki hubungan dengan bapa faktor kemenangan Jacobs
Jacobs, yang berpindah dari acara lompat jauh, melakukan catatan masa di bawah 10 saat buat pertama kali pada bulan Mei.
Sukan Paralimpik: Latif Romly mahu terbang lebih tinggi
Pemilik rekod dunia lompat jauh T20 itu mengakui terpaksa berkorban jiwa dan raga dalam persiapan ke edisi di Tokyo.
Sukan Paralimpik Tokyo: Latif tidak sabar gegar Tokyo
Kini Abdul Latif memasang tiga misi peribadi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo Ogos ini.
Andre Anura lebur rekod kebangsaan berusia 12 tahun
Atlet kelahiran Sabah itu mencuri tumpuan setelah memecahkan rekod lompat jauh kebangsaan dengan lompatan 8.02 meter.