TOKYO: Jaguh olahraga para kebangsaan, Abdul Latif Romly boleh bertanding untuk kategori normal sekiranya mahu berbuat demikian, kata jurulatihnya Shahrul Amri Suhaimi.
Shahrul Amri berkata, beliau akan menyokong Abdul Latif, yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan emas acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi, sekiranya memutuskan untuk bertanding dalam kategori normal di masa depan.
"Abdul Latif tiada masalah untuk bertanding dalam kategori normal, beliau juga pernah bersaing dalam Sukan Malaysia (Sukma) serta Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
"Jika itu kemahuannya, kami tak akan halang, malah akan beri sokongan terbaik untuk dia," katanya dalam sidang media dalam talian.
Mengulas lanjut, jurulatih berusia 38 tahun itu akan merangka pelan baharu untuk menentukan masa depan atlet Perlis itu selepas anak buahnya itu pulih daripada kecederaan kaki dialaminya pada aksi malam tadi.
Semalam, Abdul Latif yang memenangi emas pertamanya di Rio 2016, berada dalam kelas tersendiri apabila terus memimpin kedudukan dengan lompatan pertamanya, 7.26 meter (m), yang sudah cukup mengesahkan emas ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo.
Abdul Latif seterusnya meninggalkan jauh pencabar lain dengan lompatan 7.45m pada percubaan keduanya, yang merupakan lompatan terbaiknya dalam penampilan keduanya di pentas Paralimpik.
Atlet berusia 24 tahun itu, yang juga merupakan pemegang rekod Paralimpik dengan lompatan 7.60 di Rio 2016, itu kemudian dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya.
Situasi itu menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan aksinya dan terpaksa diusung dengan kerusi roda oleh pegawai perubatan untuk menerima rawatan lanjut, namun emas tetap memihak kepada Malaysia.
Athanasios Prodromou dari Greece merangkul perak menerusi lompatan terbaik, 7.17m manakala lompatan sejauh 7.12m membantu atlet Australia, Nicholas Hum untuk membawa pulang gangsa.
Sementara itu, Shahrul Amri juga akan berbincang bersama Majlis Sukan Negara bagi mencari pelapis kepada Abdul Latif mahupun bakat baharu bagi kategori lain menjelang Paris 2024 nanti.
"Sebelum ini kami ada seorang pelapis kepada Abdul Latif, dia juga pernah membuat catatan peribadi terbaik 7.72m, namun prestasinya ketika pertandingan tidak konsisten," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021
Abdul Latif Romly pernah bersaing dalam Sukan Malaysia (Sukma) serta Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. - Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.