awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan Laquintana bantu Uruguay atasi Republik Dominika 1-0 di Bukit Jalil

Bernama
Bernama
10/10/2025
21:00 MYT
Jaringan Laquintana bantu Uruguay atasi Republik Dominika 1-0 di Bukit Jalil
Laquintana (kiri) berebut bola dengan pemain Dominican Republic, Noah Dollenmayer (kanan) pada perlawanan Stars of Uruguay, Global Friendly In Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara Piala Dunia dua kali Uruguay terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Republik Dominika 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Pemain tengah Ignacio Laquintana muncul sebagai wira La Celeste selepas menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada babak kedua, menebus maruah pasukan Amerika Selatan itu yang kini berada di ranking ke-15 dunia itu dan sudah mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026.
Bermain tanpa beberapa pemain bintang akibat kecederaan dan isu kesihatan, Uruguay menguasai bola lebih banyak sejak awal, tetapi gagal menembusi pertahanan lawan yang memilih untuk duduk dalam di kawasan sendiri.
Republik Dominika yang hanya melancarkan serangan sporadis, hampir mendahului pada minit ke-29 melalui serangan balas tetapi sepakan rendah penyerang Dorny Romero berjaya ditepis penjaga gol Christopher Javier.
Perlawanan menjadi lebih rancak selepas separuh masa apabila kedua-dua pasukan meningkatkan usaha menyerang bagi mencari gol pembukaan. Keadaan ini mendorong jurulatih Uruguay, Marcelo Bielsa melakukan lima pertukaran pemain secara serentak.
Tindakan itu membuahkan hasil apabila Laquintana memecah kebuntuan pada minit ke-60 dengan rembatan padu yang menewaskan Xavier.
Selepas menentang Republik Dominika, Uruguay akan menamatkan jelajah mereka di Malaysia menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Isnin ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlawanan persahabatan
#Republik Dominika
#Uruguay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan