awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan lewat Rudiger selamatkan Real Madrid diaib Shakhtar

Astro Arena
Astro Arena
12/10/2022
00:37 MYT
Jaringan lewat Rudiger selamatkan Real Madrid diaib Shakhtar
Aksi Antonio Rudiger (tengah) ketika perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan F antara Shakhtar Donetsk dan Real Madrid di Polish Army Stadium, Warsaw, Poland, 11 Okt 2022. (Foto AP)
ANTONIO Rudiger menyamakan kedudukan pada minit kelima masa kecederaan awal pagi tadi untuk menyelamatkan Real Madrid supaya memperoleh seri 1-1 bertemu Shakhtar Donetsk dan memastikan tempat untuk juara bertahan itu di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
Tetapi sambutan pemain telah dipendekkan kerana penjaga gol Shakhtar, Anatoliy Trubin, dan Rudiger memerlukan rawatan selepas mereka bertembung apabila pertahanan Madrid itu menjaringkan gol ketika menemui hantaran Toni Kroos.
Trubin akhirnya dapat meneruskan untuk saat akhir, tetapi Rudiger terpaksa meninggalkan padang kerana dia mengalami banyak pendarahan.
Shakhtar, yang tewas 2-1 di Madrid minggu lalu, jatuh ke tangga ketiga Kumpulan F dengan keputusan seri itu.
Madrid berada di kedudukan teratas dengan 10 mata selepas empat perlawanan, Empat mata di hadapan Leipzig, yang menewaskan Celtic 2-0 di tempat lawan dalam perlawanan kumpulan lain, manakala Shakhtar di tempat ketiga dengan lima mata sementara Celtic meraih satu mata.
Madrid diberi jaminan untuk menamatkan sekurang-kurangnya antara dua teratas kerana Shakhtar menentang Leipzig dalam perlawanan terakhir mereka.
Topic Berkaitan
#Antonio Rudiger
#Real Madrid
#Liga Juara-Juara
#Shakhtar Donetsk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan