awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan penalti Hazard lebur impian Mourinho julang Piala FA

Agensi
Agensi
19/05/2018
21:47 MYT
Jaringan penalti Hazard lebur impian Mourinho julang Piala FA
Eden Hazard menyumbat masuk gol kemenangan Chelsea menerusi penalti minit ke-22 perlawanan - Foto AP
EDEN Hazard muncul wira Chelsea apabila menyumbat masuk gol kemenangan The Blues pada aksi akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley.
Kemenangan 1-0 Chelsea memberi tamparan hebat buat pengendali Manchester United Jose Mourinho yang gagal menjulang sebarang piala musim ini.
Hazard menyempunakan sepakan penalti pada minit ke-22 perlawanan selepas dia dijatuhkan pertahanan United Phil Jones.
United cuba bangkit di babak kedua dengan menyajikan corak serangan bertali arus. Hasilnya Alexis Sanchez berjaya merobek gawang lawan pada minit ke-62. Bagaimanapun jaringannya dibatalkan kerana offside.
Paul Pogba pula mempersiakan peluang terbaik menghidupkan kembali peluang The Red Devils apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan tersasar.
Kemenangan Chelsea turut dibantu kecekapan penjaga golnya Thibaut Courtois yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya United.
Kejayaan menjulang Piala FA ini mungkin jadi penamat manis buat pengendali Chelsea Antonio Conte yang dijangka meninggalkan The Blues susulan kemerosotan prestasi kelab itu musim ini.
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Chelsea
#Jose Mourinho
#Manchester United
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan