SUKAN
Jawatan Presiden FAM bakal bertukar?

Menurut laporan media yang memetik sumber, Mohd Joehari telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Presiden FAM pada Jumaat lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengalami pertukaran dalam masa terdekat.
Menurut sumber, perkara itu akan dibincangkan pada satu mesyuarat penting badan induk berkenaan dalam waktu terdekat, namun punca kepada kemungkinan perubahan kepimpinan itu tidak didedahkan.
Ketika ini, jawatan Presiden FAM disandang Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub yang menang tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029, Februari lalu.
Mohd Joehari sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden dan merupakan Presiden FAM kelapan serta individu pertama dari Sabah menerajui badan induk bola sepak negara itu, menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin.Bagaimanapun, menurut laporan media yang memetik sumber, Mohd Joehari telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada Jumaat lalu dan Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dijangka memikul sementara jawatan presiden selaku pemangku sebelum satu kongres pemilihan diadakan semula.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami