JUARA Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Liga Super 2022 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Sabah FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan musim ini.
Lebih membanggakan apabila penyerang import JDT, Bergson Da Silva muncul selaku penjaring terbanyak Liga Super dengan 29 gol, tidak termasuk lima gol yang dijaringkannya dalam saingan Piala FA untuk skuad Harimau Selatan itu.
Turun dengan misi mencatatkan kemenangan pada aksi terakhir di laman sendiri menyaksikan JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak hebat ke gawang pelawat.
Bagaimanapun, beberapa peluang jaringan gagal disempurnakan jentera serangan skuad Harimau Selatan yang diketuai penjaring terbanyak Liga Super 2022 Bergson Da Silva selain berjaya dikekang benteng pertahanan pelawat.
Namun minit ke-17, Bergson menggamatkan stadium apabila menyempurnakan lorongan cantik daripada pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi untuk gol pembukaan perlawanan.
Tersentak dengan gol pembukaan berkenaan menyaksikan kesebelasan Sabah FC mula bangkit mengatur asakan ke gawang JDT dalam usaha menyamakan kedudukan, namun asakan-asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah.
Malah, kesempatan itu dimanfaatkan skuad Harimau Selatan itu untuk menambah jaringan menerusi pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi yang menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-39.
Pemain berusia 20 tahun itu sekali lagi berpeluang menambah jaringan peribadinya pada minit ke-41, namun percubaannya kali ini berjaya diselamatkan penjaga gol gantian Sabah, Damien Lim.
Damien juga cemerlang menangkis percubaan Bergson pada penghujung perlawanan bagi memastikan kedudukan 2-0 memihak kepada JDT kekal hingga tamat babak pertama.
Babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan dan hasilnya, Bergson sekali lagi menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol ketiga skuad Harimau Selatan itu pada minit ke-55.
Bergson sekali lagi berjaya menggegarkan jarring gol Sabah FC pada minit ke-70, namun gol berkenaan dibatalkan kerana Bergson didapati ofsaid terlebih dahulu.
Biarpun selesa mendahului 3-0, namun JDT dilihat masih tetap mengasak hebat ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan, namun asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan.
Di penghujung perlawanan skuad Harimau Selatan itu dilihat mempunyai deretan peluang untuk menambah jaringan, namun kesemua peluang berkenaan gagal dimanfaatkan jentera serangan pasukan dan menyaksikan keputusan 3-0 memihak kepada JDT kekal hingga ke wisel penamat.
JDT – Farizal Marlias (kapten), Matthew Davies, Bergson Da Silva, Leandro Velazquez, Muhammad Feroz Baharudin (Aidil Zafuan Radzak), Nazmi Faiz Mansor (Akhyar Rashid), La’vere Corbin-Ong (Syahmi Safari), Syafiq Ahmad (Daryl Sham K.K George), Natxo Insa, Shahrul Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi (Safawi Rasid)
Sabah FC – Khairul Fahmi Che Mat (Damien Lim), Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim, Rawilson Batuil, Baddrol Bakhtiar (kapten)- (Amri Yahyah), Taiki Kagayama (Azhad Harraz Arman), Alto Linus, N.Thanabalan (Muhammad Farhan Roslan), Rizal Ghazali, Gary Steven Robbat, Dominic Tan, Saddil Ramdani
Pengadil – Razlan Joffri Ali
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 15 2022

Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) diasak pemain Sabah FC Alto Linus (kanan) pada Perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA

Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

JDT akhiri Liga Super dengan bergaya
JUARA Liga Super 2022, Johor Darul Tazim (JDT) menamatkan saingan Liga Super 2022 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Sabah FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.