awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT mangsa tiga sepakan penalti Pohang Steelers

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2021
20:54 MYT
JDT mangsa tiga sepakan penalti Pohang Steelers
JDT gagal pertahan kelebihan awal sebelum menghadiahkan Pohang Steelers tiga sepakan penalti di Stadium Rajamangala, Bangkok, sebentar tadi. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
POHANG 4 JDT 1
Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mempertahankan kelebihan awal sebelum menghadiahkan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers, tiga sepakan penalti di Stadium Rajamangala, Bangkok, sebentar tadi.
Wira ketika menundukkan Ratchaburi Mitr Phol Jumaat lalu, Leandro Velaquez, sekali lagi menemui sentuhan penyudah untuk meletakkan Harimau Selatan di depan dalam aksi ketiga Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL), itu pada minit ke-17.
Sumber Facebook theafccl
Namun, Pohang -- yang baru dibelasah 0-3 kepada Nagoya Grampus -- mula mengatur tekanan di bahagian tengah.
Situasi itu menggugat permainan JDT hingga cenderung menolak bola ke belakang.
Ia membuatkan benteng anak buah Benjamin Mora itu agak kelam-kabut sementara pengadil dari Australia, Shaun Robert Evans, tidak teragak-agak memberikan dua sepakan penalti kepada Pohang untuk menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 1-2.
JDT menyusun gerakan berbahaya dalam 45 minit berikutnya tetapi mendapati sukar untuk melepaskan percubaan ke arah gol.
Ketika mengintai untuk merapatkan jurang, pintu gol mereka sekali lagi digegarkan pada minit ke-82 akibat kegagalan perangkap ofsaid sebelum satu lagi insiden kekasaran, kali ini membabitkan Matthew Davies memberi sepakan penalti untuk Pohang dalam masa kecederaan untuk menang 4-1.
Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik pada Khamis ini.
Topic Berkaitan
#JDT
#Pohang Steelers
#Korea Selatan
#Bangkok
#Leandro Velaquez
#ACL
#Liga Juara-Juara Asia
#Kumpulan G
#sepakan penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan