awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil
Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT mara separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0

Bernama
Bernama
05/07/2024
16:13 MYT
JDT mara separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0
Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) cuba dihalang pemain Malaysian University Muhammad Arif Danial Mohd Zawawi (kanan) pada perlawanan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0 selepas membelasah pasukan Liga A1, Malaysian University 8-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.
Skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi percubaan jarak jauh Juan Muniz Gallego sebelum Heberty Fernandes De Andrade menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25 selepas Francisco De Oliveira Geraldes dijatuhkan Muhammad Nashran Elias dalam kotak penalti.
Heberty menambah jaringan empat minit kemudian sebelum Muhamad Feroz Baharudin menambah gol keempat JDT pada minit ke-34.
Bersambung babak kedua perlawanan, JDT terus berpesta gol menerusi Francisco pada minit ke-60, Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke-71 dan ke-90 manakala Bergson Gustavo Silveira Da Silva pada minit ke-77.
Terdahulu, JDT menumpaskan Malaysian University 5-0 dalam pertemuan suku akhir pertama di stadium sama pada Sabtu lepas.
Sementara itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar menyaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melangkah ke separuh akhir Piala FA menerusi agregat 1-0 ke atas Penang FC dengan perlawanan separuh akhir kedua berakhir tanpa sebarang jaringan.
Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mengasak dengan melancarkan serangan bertali arus namun sehingga wisel penamat dibunyikan, kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan.
KDA FC sebelum ini mengatasi Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang pada aksi suku akhir pertama pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Separuh Akhir
#Piala FA
#Malaysian university
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan