Juara empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas persada Liga Super 2018, selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Jaringan tunggal pemain pertahanan import dari Brazil, Marcos Antonio Elias Santos pada minit ke-29 meletakkan skuad Harimau Selatan di tangga teratas carta dengan 12 mata daripada lima perlawanan.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pasukan tuan rumah, Pahang mengalahkan Negeri Sembilan 4-0, sekali gus melonjak ke kedudukan kedua carta berdasarkan lebihan jaringan walaupun berkongsi 10 mata dengan PKNS FC.
Skuad Tok Gajah membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-26, sebelum pemain import Liberia, Francis Forkey Doe menggandakan jaringan akhir babak pertama.
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua ayam tambatan skuad kendalian Dollah Salleh itu meneruskan buruan gol, apabila Santos menambah jaringan pada minit ke-65, diikuti oleh jaringan Forkey Doe pada minit ke-88.
Sementara itu, Kuala Lumpur bangkit dari ketinggalan 1-2 untuk menewaskan Kedah 4-3 pada aksi yang penuh dramatik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Skuad 'The City Boys' bermula yakin dengan menjaringkan gol seawal minit ketiga menerusi Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, namun skuad Hijau Kuning berjaya menyamakan kedudukan selang tujuh minit kemudian menerusi pemain import dari Sepanyol, Pablo Pallares Marzo.
Berrmula babak kedua, ayam tambatan Kedah, Liridon Krasniqi meletakkan Kedah di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-50, sebelum pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula Lucrecio menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-62, apabila Mohd Zaquan Adha dikasari oleh kapten Kedah, Khairul Helmi Johari di dalam kotak penalti.
Kuala Lumpur kembali mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Josue pada minit ke-82, tetapi Pallares sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-90, sebelum Ashri Chuchu mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah menerusi jaringan masa kecederaan.
Dalam saingan Liga Premier, UiTM FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila terikat 1-1 menentang Felcra FC di Stadium UiTM, Shah Alam.
Pemain import dari Argentina, Lucas Ramon Pugh meletakkan UiTM FC di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-43, sebelum Shahrom Kalam menyamakan kedudukan pada minit ke-93 menerusi sepakan penalti, apabila penjaga gol UiTM FC, Soffuan Tawil menjatuhkan Leonardo Moreira Carvalho dalam kotak penalti.
Pada aksi petang tadi, Terengganu FC II berjaya mencatatkan kemenangan pertama bagi musim ini apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Perancis, Redouane Zerzouri pada minit ke-16, namun jaringan Hasbullah Awang pada minit ke-32 dan pemain import dari Brazil, Bruno Suzuki pada minit ke-85 mengesahkan tiga mata penuh buat skuad kendalian Mustaffa Kamal Abdul Wahab. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 10 2018
Pemain Terengganu FC Lee Andrew Tuck (dua, kiri) diasak oleh pemain JDT Ignacio Insa Bohigues (kiri) pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. - BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.