awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara

Bernama
Bernama
03/05/2024
15:10 MYT
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan. - FB @Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Barisan pemain skuad Harimau Malaya Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan berpeluang merasai pengalaman berlatih dalam suasana kondusif apabila menjalani kem latihan pusat di salah satu fasiliti latihan milik kelab gergasi tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) bermula hari ini.
Berdasarkan hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam ini, skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah Akademi JDT itu dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Kem latihan pusat itu merupakan antara persediaan sebelum menghadapi Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Bawah 16 Tahun (B-16) 2024 di Jakarta bulan depan dan pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2025 pada Oktober.
"Seramai 32 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat kali ini bagi sesi pemilihan dan persiapan menjelang kedua-dua tugasan tersebut.
"Terima kasih kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim kerana menyediakan fasiliti terbaik untuk kegunaan skuad B-17 kebangsaan sepanjang kem latihan pusat kali ini," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#bawah 17
#skuad B-17
#JDT
#latihan
#fasiliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan