awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT tumbangkan Sabah 5-0, rangkul gelaran Piala FA kali keempat berturut-turut

Astro Arena
Astro Arena
14/12/2025
15:15 MYT
JDT tumbangkan Sabah 5-0, rangkul gelaran Piala FA kali keempat berturut-turut
Jaringan Arribas dan Hidalgo dalam babak kedua melengkapkan malam kemenangan skuad Harimau Selatan menewaskan Sabah 5-0 untuk merangkul gelaran juara malam ini. - Gambar Stadium Astro
KUALA LUMPUR : Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Piala FA Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala FA Malaysia untuk keempat kalinya berturut-turut selepas menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Penyerang JDT membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Jonathan Silva, diikuti dengan gol Manuel Hidalgo selepas menembak kapten Sabah, Rawilson Batuil.
  • Keseluruhan permainan agresif JDT berbuah hasil dengan gol-gol tambahan oleh Jairo, Arribas, dan Hidalgo, yang membawa pasukan meraih kemenangan gemilang 5-0 dan merangkul gelaran juara.

JDT tanpa penyerang utama tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Jonathan Silva hasil hantaran Oscar Arribas.
Anak buah Xisco Munoz yang agresif mengasak kubu pertahanan Sabah membuahkan hasil selepas rembatan rembatan deras Manuel Hidalgo terbias kapten Sabah, Rawilson Batuil, untuk meletakkan JDT mendahului 2-0 pada minit ke-20.
Selang dua minit kemudian, giliran Jairo membuktikan ketajamannya selepas tandukannya menewaskan Damien Lim buat kali ketiga, meskipun Ajdin Mujagic berpeluang merapatkan defisit jaringan, namun tidak dikira selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) susulan kekasaran yang dilakukan kepada Natxo Insa untuk menutup babak pertama 3-0.
Jaringan Arribas dan Hidalgo dalam babak kedua melengkapkan malam kemenangan skuad Harimau Selatan menewaskan Sabah 5-0 untuk merangkul gelaran juara malam ini.
Untuk rekod, untuk saingan musim lalu menyaksikan JDT menewaskan Selangor 6-1 untuk mengesahkan hatrik gelaran selepas menjuarai dalam dua edisi sebelumnya.
Topic Berkaitan
#JDT
#Piala FA
#penyerang utama
#kubu pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan