awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jendela perpindahan musim panas 2025 ditutup

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
01/09/2025
23:40 MYT
Jendela perpindahan musim panas 2025 ditutup
Jendela kali ini memperlihatkan beberapa perpindahan mengejut, tawaran yang runtuh pada minit akhir, dan rundingan yang berjaya disahkan tepat sebelum pintu ditutup.
JENDELA perpindahan musim panas Eropah akhirnya melabuhkan tirai, dengan deretan drama saat akhir yang sekali lagi mencuri perhatian dunia bola sepak.
Di England, jendela perpindahan ditutup lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya, tepat jam 7 malam Isnin waktu United Kingdom (UK) atau jam 2 pagi waktu Malaysia.
Perubahan ini dibuat bagi mengurangkan beban kerja lewat malam terhadap pegawai kelab, namun, masih membenarkan tempoh lanjutan selama dua jam menerusi “deal sheet” sehingga 9 malam.
Keputusan serupa turut diikuti oleh Serie A, Bundesliga dan Ligue 1, manakala La Liga mengekalkan penutupan lebih lewat iaitu pada 10.59 malam UK (5.59 pagi).
Perbezaan zon waktu ini menyaksikan kelab-kelab Sepanyol berpeluang mencuri peluang terakhir untuk memperkemaskan skuad.
Di luar Eropah, perhatian tertumpu kepada Saudi Pro League yang masih terbuka sehingga 10 September 2025, sekali gus memberi peluang kepada pasukan di sana untuk memancing bintang-bintang besar yang gagal melengkapkan perpindahan di Eropah.
Jendela kali ini memperlihatkan beberapa perpindahan mengejut, tawaran yang runtuh pada minit akhir, dan rundingan yang berjaya disahkan tepat sebelum pintu ditutup.
Kini, semua tumpuan kembali ke padang apabila skuad-skuad gergasi Eropah bersiap sedia menghadapi musim yang panjang dan penuh cabaran.
Topic Berkaitan
#jendela perpindahan
#musim panas
#transfer window
#kelab bola sepak Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan