Pemain Amerika Syarikat, Jessica Korda muncul juara kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia yang juga gelaran pertamanya dalam siri Jelajah LPGA tahun ini.
Korda, 22, menamatkan pusingan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta (RM8.2 juta) itu dengan enam bawah par 65 bagi catatan keseluruhan 18 bawah par 266.
Catatan itu adalah empat pukulan lebih baik daripada bintang New Zealand, Lydia Ko (66), pemain Amerika Syarikat, Stacy Lewis (67) dan juara bertahan, Feng Shanshan dari China (66) yang berkongsi tempat kedua dengan masing-masing mengumpulkan 270.
Korda memulakan pusingan keempat hari ini dengan cemerlang apabila menghasilkan lima birdie sebelum mencicirkan satu pukulan selepas melakukan bogey di lubang 11 par empat.
Bagaimanapun, beliau bangkit kembali dengan dua birdie di lubang ke-16 dan 18.
Sebaik melakukan birdie di lubang terakhir, Korda terus mengalirkan air mata kegembiraan.
"Untuk menang kembali adalah sesuatu yang menakjubkan terutama selepas apa yang saya harungi tahun ini," katanya.
Kejuaraan Sime Darby LPGA Malaysia ini adalah gelaran pertamanya tahun ini dan yang keempat untuknya dalam siri Jelajah LPGA (Persatuan Golf Profesional Wanita).
Sejak menjadi pemain profesional pada 2010 dan menyertai pertandingan Jelajah LPGA pada 2011, Korda telah memenangi tiga acara LPGA iaitu Terbuka Australia (Feb 2012), Pure Silk-Bahamas LPGA Classic (Jan 2014) dan Airbus LPGA Classic (May 2014).
Korda menerima trofinya dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan kejayaan itu membolehkannya membawa pulang AS$300,000 (RM1.23 juta).
Bernama
Sun Oct 11 2015
Korda menamatkan pusingan akhir kejohanan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur yang menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta (RM8.2 juta) itu dengan enam bawah par 65 bagi catatan keseluruhan 18 bawah par 266. - fotoBERNAMA
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Shanshan rangkul kejuaraan LPGA Malaysia buat kali kedua
Pemain itu memperagakan aksi mantap dengan membenam lima birdie dan satu bogey untuk catatan empat bawah par 67 pada pusingan akhir, sekali gus mengumpul catatan keseluruhan 17 bawah par 267.
Shanshan rangkul kejuaraan LPGA Malaysia kali kedua
Pemain China, Feng Shanshan menyerlah di pusingan terakhir Kejohanan Golf LPGA Malaysia 2016 untuk merangkul kejuaraan itu buat kali kedua.
Jessica Korda juara Sime Darby LPGA Malaysia 2015
Pemain Amerika Syarikat, Jessica Korda muncul juara kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia yang juga gelaran pertamanya dalam siri Jelajah LPGA tahun ini.