awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika saya ke Selangor, bukan kerana Zainal' - Dickson Nwakaeme

Astro Arena
Astro Arena
16/12/2015
12:15 MYT
'Jika saya ke Selangor, bukan kerana Zainal' - Dickson Nwakaeme
Penjelasan Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan dia bukan antara pakej dari Pahang untuk di bawa ke Selangor musim hadapan. - Gambar Astro ARENA
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme nafi dakwaan dia antara pakej yang akan di bawa oleh bekas jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan untuk ke pasukan baru musim depan.
Tegas Nwakaeme, dia tidak memerlukan pengaruh sesiapa jika dia mahu berhijrah ke lain pasukan tahun depan.
Sebagai pemain profesional Nwakaeme menegaskan dia sendiri tahu apa yang perlu dan terbaik demi kariernya bukan sekadar mengikut seperti yang di gembar gemburkan sesetengah pihak.
”Kalau saya pergi ke Selangor, ia bukan kerana jurulatih saya akan ke sana kerana saya ketua hidup saya.
”Jika saya berhijrah ia akan lebih kepada prospek yang ditawarkan pasukan tersebut, begitulah caranya ketika saya tinggalkan Kelantan” katanya.
Penjelasan Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan dia bukan antara pakej dari Pahang untuk di bawa ke Selangor musim hadapan.
Untuk ketika ini Nwakaeme masih belum memutuskan untuk terus bersaing di Liga Super atau memilih beberapa tawaran yang hadir dari negara teluk.
”Saya akan mengumumkan keputusan saya selepas balik dari berbulan madu kerana pada masa itu saya akan beri fokus sepenuhnya kepada bola sepak” tambahnya.
Nwakaeme bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat dan hanya akan membuat keputusan berkenaan kariernya selepas pulang dari berbulan madu.
Dickson Nwakaeme merupakan tonggak penting bagi skuad Tok Gajah terutama musim lalu ketika Pahang menjulang Piala Malaysia.
Musim ini penyerang dari Nigeria ini menyumbang 17 gol buat Pahang dalam 3 pertandingan.
Topic Berkaitan
#Dickson Nwakaeme
#Selangor
#Zainal Abidin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan