awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika tewas, tewas bermaruah' - Morten Frost

Astro Arena
Astro Arena
15/02/2016
02:30 MYT
'Jika tewas, tewas bermaruah' - Morten Frost
Menurut Frost, moral dalam pasukan Malaysia amat tinggi dan mereka berlatih dengan baik setakat ini. - Gambar fail
PENGARAH Teknikal Badminton Negara, Morten Frost, tetap mahu skuad kelayakan Piala Thomas negara gentar dengan kegagalan meskipun pada dasarnya Malaysia memiliki peluang cerah ke pusingan akhir di Kunshan, China pada Mei nanti.
Dalam masa yang sama, skuad wanita pula berdepan cabaran tersendiri untuk layak ke pusingan akhir Piala Uber.
Ranking dunia skuad lelaki negara sudah memadai menjamin laluan Malaysia ke pusingan akhir Piala Thomas sekalipun gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik.
Walaupun begitu, Frost enggan barisan muda negara selesa dengan situasi mereka menjelang dua perlawanan kumpulan yang dianggap mudah menentang Sri Lanka dan Nepal sebelum ujian sebenar berdepan Jepun.
"Apa yang saya lihat, moral dalam pasukan Malaysia amat tinggi dan mereka berlatih dengan baik setakat ini. Saya berpuas hati dengan persiapan setakat ini," kata Frost.
Tidak lagi menjadi rahsia, skuad wanita negara tempang susulan kehilangan dua kudrat senior, perseorangan Tee Jing Yi dan beregu Soong Fie Cho yang mengalami kecederaan di Terbuka Thailand baru-baru ini.
Skuad wanita negara bagaimanapun disifatkan sudah bersedia berjuang sehingga keringat terakhir untuk memastikan mereka tidak berputih mata dengan Hong Kong dan China dalam aksi kumpulan.
"Sekiranya kami gagal, kami akan gagal tanpa menghilangkan semangat kami. Sekurang-kurangnya kami beri tentangan hebat kepada pihak lawan, jangan menyerah dan beraksi untuk kekalkan maruah kami," tambahnya.
Sri Lanka jadi pasukan pertama bertemu skuad lelaki sementara Hong Kong bakal menguji pasukan wanita. kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung pada 16 Februari.
Topic Berkaitan
#morten frost
#Piala Thomas
#skuad badminton negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan