awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jimmy-Pei Jing naib juara di Macau

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2025
21:50 MYT
Jimmy-Pei Jing naib juara di Macau
Beregu campuran profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing (gambar) gagal menjulang gelaran pertama mereka selepas tewas kepada pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje dalam straight set, 13-21, 16-21. - Foto Sinar Harian
BEREGU campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing menamatkan kempen Terbuka Macau Super 300 selaku naib juara selepas mempamerkan permulaan cemerlang sepanjang kejohanan di Macau East Asian Games Dome.
Aksi final menyaksikan langkah luar biasa Jimmy-Pei Jing yang kini berada di ranking ke-127 dunia dihentikan oleh pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, yang menampilkan prestasi konsisten untuk muncul juara.
Sebelum itu, Jimmy-Pei Jing menempah tiket ke final selepas menyingkirkan pilihan kedua dari China, Cheng Xing–Zhang Chi, menerusi kemenangan 21-12, 17-21, 21-18.
Sementara itu, pasangan Denmark yang berstatus bukan pilihan mara ke pentas akhir dengan mengejutkan pilihan utama kejohanan, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, 15-21, 21-17, 21-11 dalam masa 54 minit.
Christiansen-Bøje meneruskan momentum cemerlang dalam aksi final apabila mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 21-13, 21-16, sekali gus menamatkan perlawanan dalam tempoh 45 minit.
Pei Jing mula bergandingan dengan Jimmy selepas bekas pasangannya, Tan Kian Meng mengumumkan persaraan selepas Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jimmy Wong Lai Pei Jing
#Terbuka Macau
#beregu campuran negara
#Mathias Christiansen-Alexandra Boje
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan