awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah

Bernama
Bernama
15/02/2025
13:45 MYT
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Hannah berkata Mohd Joehari bersama seluruh jawatankuasa baharu mampu meningkatkan prestasi pasukan Harimau Malaya, termasuk Malayan Tigress dan Harimau Muda sehingga peringkat akar umbi.
"Saya yakin Datuk Joe (Mohd Joehari) akan meneruskan kerja yang telah dimulakan oleh Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk menaikkan ranking pasukan Harimau Malaya. Kita mahu semua menunjukkan peningkatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur x Rakan Muda di sini, hari ini.
Mohd Joehari diumumkan sebagai Presiden FAM yang baharu hari ini bagi menggantikan Hamidin yang tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2018.
Dalam pada itu, Hannah berkata pihaknya juga memberi sokongan kepada FAM untuk bekerjasama dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
"FAM dan Kementerian Belia dan Sukan merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk program NFDP. Kita juga telah meminta bantuan AFC untuk membuat penilaian bagi menilai keberkesanan program sedia ada supaya kita boleh melakukan penambahbaikan.
"FIFA juga banyak membantu FAM dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk kita bekerjasama dan tidak membiarkan FAM bekerja sendiri. Suka atau tidak, bola sepak merupakan sukan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Bercakap mengenai program hari ini, Hannah berkata pihaknya bercadang untuk mengetengahkan kumpulan Orkestra Remaja Kuala Lumpur x Rakan Muda bagi mempersembahkan bakat masing-masing sempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
"Kita (KBS) akan mencari jalan untuk menampilkan orkestra ini, dan saya percaya negara-negara serantau pasti ingin melihat bakat muda yang kita ada," katanya.
Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur x Rakan Muda merupakan antara program di bawah Rakan Muzik, iaitu salah satu daripada 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden FAM
#Mohd Joehari Mohd Ayub
#Hannah Yeoh
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan