ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mewujudkan hab permotoran di Ayer Hitam, dekat Kluang, dalam usaha untuk menghidupkan kembali kemeriahan sukan permotoran di negeri ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis diberitahu.
Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri di bawah pentadbiran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Beliau berkata kebenaran telah diberikan agar tapak tersebut digunakan untuk manfaat pencinta-pencinta sukan permotoran.
"Insya-Allah, pembinaan yang akan bermula seawal Januari 2023 nanti akan menyemarakkan lagi sukan permotoran di Johor ditambah dengan lokasi strategik Ayer Hitam yang terletak di "central of Johor".
"Berdasarkan rekod penganjuran masa lalu, Ayer Hitam telah banyak menganjurkan acara sukan permotoran sebelum ia terhenti sekitar tahun 2018 dan 2019," kata beliau ketika sesi penggulungan pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, semalam.
Tambahnya, pekan berkenaan juga biasa menganjurkan sukan permotoran seperti Malaysian Cub Prix, Motorcross, Pocket Bike, Mountain Bike selain drift dan go-kart, yang sememangnya mempunyai rangkaian pencinta sukan permotoran.
Mohd Hairi juga berkata pihaknya akan memastikan hab sukan yang terletak di Johor Bahru khususnya di kawasan Larkin akan ditambah baik di bawah kelolaan Perbadanan Stadium Johor (PSJ) dan Majlis Sukan Negeri Johor agar lebih terurus dan diselenggara dengan rapi serta tidak menjadi "gajah putih".
"Saya juga berharap setiap daerah di Johor ini juga akan diwujudkan fasiliti sukan atau hab sukan buat para atlet yang yang tidak dapat ke Johor Bahru selain adanya Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC)," katanya yang juga ADUN Larkin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Hairi Mad Shah ketika sesi pembentangan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor. - Foto BERNAMA

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.