awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jonah perbaharui catatan peribadi terbaik di Korea Selatan

Bernama
Bernama
29/05/2025
22:10 MYT
Jonah perbaharui catatan peribadi terbaik di Korea Selatan
Pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan, Khamis, Jonah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 12 peserta. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet lontar peluru negara Jonah Chang Rigan memperbaharui catatan peribadi terbaik pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan malam tadi.
Atlet berusia 22 tahun itu melakukan lontaran sejauh 18.05 meter (m) untuk memperbaiki rekod peribadi 17.11m yang dicipta di Terbuka Queensland di Brisbane pada Mac lepas.
Bagaimanapun, pada kejohanan semalam Jonah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 12 peserta.
Pingat emas menjadi milik pencabar Iran, Mohammadreza Tayebiseifkoti yang melakukan lontaran 20.32m manakala atlet China Xing Jialiang memperoleh perak (19.97m) dan gangsa diraih Mohammed Daoud Tolu dari Arab Saudi (19.92m).
Sementara itu, kuartet 4x400m lelaki negara yang dibarisi Anas Ariffin, Luqmanul Hakim Khairul Akmal, Umar Osman dan Muhammad Sayyid Amin sekadar menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 3 minit 14.55 saat (s).
Pingat emas disambar kuartet Qatar dengan catatan masa 3:03.52s manakala perak menjadi milik skuad India (3:03.67s) dan gangsa diraih oleh China (3:03.73s).
Dalam pada itu, atlet lempar cakera negara Queenie Ting menamatkan saingan di kedudukan kelapan daripada 10 peserta selepas melakukan enam percubaan dengan catatan 47.96m menjadi rekod terbaiknya di kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jonah chang rigan
#atlet lontar peluru
#Korea Selatan
#Kejohanan Olahraga Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami