awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permulaan cemerlang kontinjen Malaysia pada hari pertama APG 2025
Helikopter persiaran hilang disahkan terhempas di barat daya Jepun
PRK Kinabatangan: Kempen BN-GRS masuk 'gear lima' - Naim Mokhtar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juan Muñiz ucap selamat tinggal kepada JDT

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
06/08/2025
07:30 MYT
Juan Muñiz ucap selamat tinggal kepada JDT
Muñiz, 32, menyertai JDT pada tahun 2022 dari kelab Greece, Atromitos, dan sejak itu telah membuat 42 penampilan serta menjaringkan 15 gol untuk skuad Harimau Selatan. - Gambar ihsan JOHOR Southern Tigers
PEMAIN tengah Sepanyol, Juan Muñiz secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tiga musim yang berjaya bersama kelab tersebut.

Ringkasan AI
  • Juan Muiz secara rasmi meninggalkan JDT selepas tiga musim, dengan 42 penampilan dan 15 gol sejak menyertai kelab itu pada 2022 dari Atromitos, Greece.
  • Sepanjang bersama JDT, Muiz memainkan peranan penting di bahagian tengah dengan kemahiran teknikal, visi permainan, dan sepakan percuma yang berbahaya, membantu kelab mengekalkan dominasi dalam liga tempatan.
  • Dalam ucapan perpisahannya, Muiz berterima kasih kepada Tunku Ismail, Kiko Insa, rakan sepasukan, jurulatih dan penyokong, sementara destinasi seterusnya masih belum diumumkan.

Muñiz, 32, menyertai JDT pada 2022 dari kelab Greece, Atromitos dan sejak itu telah membuat 42 penampilan serta menjaringkan 15 gol untuk skuad Harimau Selatan.
Sepanjang tempoh itu, beliau dikenali sebagai watak penting dalam jentera tengah JDT dengan keupayaan teknikal tinggi, visi permainan tajam serta kemahiran sepakan percuma yang berbahaya.
Kehadirannya membantu JDT mengekalkan penguasaan dalam saingan bola sepak tempatan.
Dalam ucapan perpisahannya, Muñiz turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik kelab merangkap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Pengarah Sukan, Kiko Insa atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
View this post on Instagram
A post shared by Juan Muniz (@juanmunizg20)
“Terima kasih juga kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan semua penyokong kerana menjadikan perjalanan ini sangat istimewa,” katanya.
Setakat ini, destinasi seterusnya belum diumumkan, namun pemain berpengalaman itu dijangka terus menarik minat dari kelab di rantau Asia dan Eropah.
Topic Berkaitan
#Johor Darul Ta'zim
#JDT
#Juan Muniz
#selamat tinggal JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan