SPORTS
Juara dunia MotoGP Jorge Martin dibenar keluar hospital selepas patah tulang rusuk

Martin sudah dibenarkan meninggalkan Hamad General Hospital pada Isnin namun dia akan kekal di Qatar untuk tempoh beberapa hari lagi. - Stadium Astro
KECEDERAAN baharu yang menimpa juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, dengan 11 patah tulang rusuk di Lusail minggu lalu nampaknya bakal menyukarkan dirinya untuk mempertahankan kejuaraan bagi musim ini.
Aprilia mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Martin bagaimanapun sudah dibenarkan meninggalkan Hamad General Hospital pada Isnin namun dia akan kekal di Qatar untuk tempoh beberapa hari lagi.
Jelas kenyataan tersebut ia bagi memastikan pelumba Sepanyol itu benar-benar berada dalam keadaan stabil sebelum meninggalkan negara itu.
Jelas sekali kecederaan itu pastinya tidak membolehkan Martin untuk menyertai beberapa pusingan perlumbaan yang akan datang.Seperti sudah jatuh ditimpa tangga sebenarnya, kecederaan yang lebih parah itu hadir ketika baharu membuat penampilan sulung selepas rehat panjang akibat kecederaan tangan selepas kemalangan pada sesi ujian pra musim.
Kecederaan pertama itu saja sudah menyaksikan Martin terlepas beberapa pusingan awal perlumbaan musim ini.
"Sejurus selepas keadaan kesihatannya lebih baik dan mengizinkan, barulah kami akan terbangkan beliau ke Eropah," jelas kenyataan yang dikeluarkan Aprilia. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami