KUALA LUMPUR: Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching, Sarawak pada 30 hingga 31 Julai ini.

Bertempat di Arena Sukan Simpang Tiga, penganjuran ini membuka peluang bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun yang berbakat dan punya potensi dalam sukan ini.

Lebih menarik, mereka yang terpilih akan menjalani latihan bersama jurulatih profesional di Kuala Lumpur.

Setakat ini, siri jelajah di Kuala Lumpur menerima sambutan luar biasa dengan merekodkan jumlah penyertaan sebanyak 440 peserta.

BACA: Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa

BACA: Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa

Orang Sarawak yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari laman web Astro di astro.com.my/rancangan/kem-badminton.

Kali terakhir Kem Badminton Astro dianjurkan pada 2019 dengan menerima penyertaan lebih 2,673 peserta melibatkan siri jelajah di beberapa negeri termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Kem Badminton Astro | Siri jelajah di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa