awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Julen Lopetegui pengurus baharu Wolves

Astro Arena
Astro Arena
05/11/2022
22:45 MYT
Julen Lopetegui pengurus baharu Wolves
Lopetegui dipecat oleh Sevilla bulan lalu selepas lebih tiga tahun membimbing kelab yang berpangkalan di Andalusia itu. - Gambar fail REUTERS
WOLVERHAMPTON Wanderers mengesahkan pelantikan Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu bagi menamatkan pencarian mereka untuk menggantikan Bruno Lage.
Lage dipecat pada awal bulan lalu berikutan kekalahan kepada West Ham dan sejak itu sekadar mengutip empat mata daripada lima perlawanan untuk menduduki tangga kedua terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Lopetegui dipecat oleh Sevilla bulan lalu selepas lebih tiga tahun membimbing kelab yang berpangkalan di Andalusia itu termasuk kejayaan menjulang Liga Europa pada 2020.
Walaupun dilaporkan bekas jurulatih Real Madrid dan Sepanyol itu menolak tawaran awal Wolves, petang semalam dia diumumkan sebagai pengendali baru tetapi hanya akan mula bertugas pada 14 November.
Ini bermakna dia perlu menunggu selepas Piala Dunia Qatar untuk perlawanan pertamanya sebagai pengurus apabila bakal menentang Everton dalam 'Boxing Day'.
A new chapter. pic.twitter.com/aCXLr1Miec
— Wolves (@Wolves) November 5, 2022
Topic Berkaitan
#Wolverhampton Wanderers
#Julen Lopetegui
#pengurus baharu
#Bruno Lage
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan