awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurgen Klopp akan bertugas sebagai penganalisis bola sepak sepanjang Piala Dunia 2026

Bernama
Bernama
14/11/2025
21:45 MYT
Jurgen Klopp akan bertugas sebagai penganalisis bola sepak sepanjang Piala Dunia 2026
Klopp meletakkan jawatan di Liverpool tahun lepas dan sejak awal 2025 beliau berkhidmat sebagai ketua global bola sepak untuk Red Bull. - Gambar fail/REUTERS
BERLIN: Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, akan bertugas sebagai penganalisis bola sepak bagi MagentaTV sepanjang Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik perkhidmatan penstriman berkenaan.
"Saya benar-benar mahu merasai pengalaman Piala Dunia ini daripada perspektif seorang pakar. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa kejohanan maraton ini mempunyai cabaran uniknya tersendiri," kata Klopp.
Klopp sudah mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran apabila beliau bekerjasama dengan penyiar Jerman ZDF semasa Piala Dunia 2006 dan Euro 2008.
Sebelum ini, MagentaTV telah mengumumkan bahawa juara Piala Dunia 2014, Thomas Muller, turut akan bertugas sebagai penganalisis bagi kejohanan dunia itu.
MagentaTV akan menyiarkan semua 104 perlawanan Piala Dunia tahun depan. Perkhidmatan penstriman berbayar itu memiliki hak eksklusif untuk 44 perlawanan.
Klopp meletakkan jawatan di Liverpool tahun lepas dan sejak awal 2025 beliau berkhidmat sebagai ketua global bola sepak untuk Red Bull, dengan tanggungjawab termasuk mengurus bersama kelab Bundesliga RB Leipzig.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#penganalisis bola sepak
#MagentaTV
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan