awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Polis terima laporan pelakon dakwa jadi mangsa seks luar tabii
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Barcelona Flick kecewa Sepanyol beri ubat penahan sakit untuk Lamine Yamal beraksi

Astro Arena
Astro Arena
14/09/2025
08:31 MYT
Jurulatih Barcelona Flick kecewa Sepanyol beri ubat penahan sakit untuk Lamine Yamal beraksi
Yamal beraksi dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai kesebelasan utama membabitkan skuad Sepanyol. - Foto Stadium Astro
JURULATIH Barcelona, Hansi Flick, berasa kecewa dengan inisiatif yang diambil Sepanyol ketika mengendalikan Lamine Yamal apabila memberikan pemain itu ubat penahan sakit untuk turun beraksi.

Ringkasan AI
  • Hansi Flick kecewa dengan pengurusan pasukan kebangsaan Sepanyol yang membenarkan Lamine Yamal bermain walaupun mengalami kecederaan, dengan hanya bergantung kepada ubat penahan sakit untuk membolehkannya beraksi.
  • Yamal mengalami kecederaan pangkal peha dan pergelangan kaki, menyebabkan dia terpaksa diketepikan daripada perlawanan LaLiga menentang Valencia dan Real Sociedad.
  • Barcelona dan Flick telah meminta agar Yamal tidak dipanggil menyertai skuad Sepanyol, kerana bimbang kecederaan akan bertambah buruk akibat beban perlawanan yang berlebihan.

Yamal beraksi dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai kesebelasan utama membabitkan skuad La Roja berdepan Bulgaria dan Turkiye.
Ini susulan pemain berusia 18 tahun itu disahkan akan terlepas perlawanan berdepan Valencia dalam kempen LaLiga susulan mengalami kecederaan di pangkal peha.
Lamine Yamal will miss tomorrows game and can be also out vs Newcastle. Hansi Flick: Spain gave him painkillers and even when they were winning they made him play. This is not taking care of the players. I'm very sad about this. pic.twitter.com/MsjsyDOA3J
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 13, 2025
"Lamine Yamal tidak akan beraksi. Dia pergi ke pasukan kebangsaan dalam kesakitan dan tidak berlatih. Mereka memberinya ubat penahan sakit untuk turun beraksi.
"Mereka mendahului sekurang-kurangnya tiga gol dalam setiap perlawanan, dia beraksi selama 73 minit dan 79 minit. Perkara itu adalah tidak menjaga pemain. Saya sedih dengan perkara ini." katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lamine Yamal
#jurulatih Barcelona
#skuad Sepanyol
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan